Rozita Che Wan Buat Je Jai Tak Tidur Lena

Semalam saya ada ajukan dan Jual Pantun di Facebook Eyriqazz, tak sangka ramai pula yang membalasnya. Tergelak juga bila tengok pantun-pantun yang dibalas, kreatif dan memang “Rozita Che Wan Buat Je Jai tak tidur lena” ..
Inilah pantun yang saya jual :
Rozita Che Wan cantik menawan
Je Jai tergoda Je jai gila bayang
Penangan RCW sukar dilawan
Oh, kenapa RCW yang digilakan-gila si Abang Je Jai dari dulu hingga sekarang???? 
Ini antara jawapan pantun yang agak menarik :
RCW artis sensasi masa kini
Jadi pujaan pemuda-pemudi
Mana tak keruan dek hati
Kalau dah cantik macam miss Lamborgini ^_^
– Norshida-
Babah Jejai dah gila bayang,
Mandi tetap basah tapi tak makan,
Kenapa RCW yang digilakan jejai sampai sekarang,
Tak dapat bergambar buat laa alasan!
– Shakiddo-
Rozita Che Wan cantik menawan
Je Jai tampan tiada tara
Bro Eyriqazz bijak handalan
Tidak terlawan bijak berkata
-Salatul-
RCW memang cantik menawan,
 membuatkan Je Jai tak lalu makan,
Pelik juga kenapa RCW yang Je Jai Gilakan,
 mungkin jelingan yang menggoda la tu kan….
-Are Liya-
Selain Pole Dance Mat Tiger pandai menyanyi Dondang Sayang
Bagi Abang Jejai Rozita Che Wan takdelah menawan,
Bukan Abang jejai yang gila Bayang,
Si RCW yang dah kena Sawan
Je Jai (cuba menegakkan benang yang basah-
Sopan santun si gadis cantik,
 lenggang lenggok berkebaya sulam,
sekali RCW jeling dgn bulu mata melentik,
sampai ke sudah jejai tak lelap tidur malam.
– Norazlini-
 Abg je jai jgn berangan,
takut nnt hilang slera mkn,
RCW xcari hartawan,
cuma mahu yg teruna serta tampan………
p.s. ehh, Je jai masih teruna ke?
-Farzul –
Usha pekat RCW melenggang2,
Salah langkah bleh masuk longkang beso,
Mane x nye Abg Jejai gile byg,
Baju ketat RCW mengancam woo!!
-Diah Oshin-
Hik3, tak sangka ramai rupanya yang berbakat dalam berpantun ni. Saje taknak tunjuk skill kan? Umm, kalau dapat jawapan balas pantun ni dari Jagoan pantun cam Kak Ina KL, Abangensem dan Matgebu ni ,sure lagi tidak lena tidur malam je jai dibuatnya…
P/s : Ada sesiapa yang mahu beli pantun lagi? Bolehla kasi balasan di SINI

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

12 thoughts on “Rozita Che Wan Buat Je Jai Tak Tidur Lena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.