Rakan SeOfis Kena Ragut

Rakan Seofis Kena Ragut -Gambar sekadar hiasan-

Memang terkejut mendengar perkhabaran di ofis pagi tadi. Rakan seofis, wanita, usia 20an kena ragut ketika dalam perjalanan dari Stesen Komuter ke tempat yang ingin ditujui. Lebih mengharukan lagi, dia kini dimasukkan ke hospital dan tengah dalam operation room. Khabarnya ada bahagian-bahagian yang patah. Tak pastila kena pukul, kena hertak or etc. 

Fuhh, makin berleluasa gejala ragut sekarang ni. Tak kira waktu dan tempat. Kebiasaannya wanitala. Haritu baru je terbawa di blog rakan blogger Kes Petang Tadi Peragut Ada di mana-mana . Tengah bawa kereta pun mahu dipecahkan cermin?

Buat wanita especially di luar sana , berhati-hatilah. Kalau boleh pergi kemana-mana tu, bawalah teman. Dan kalau terkena ragut tu, umm, janganlah melawan. Biarlah wang/harta diambil dari diri diapa-apakan seperti yang terjadi kepada rakan seofis eyriqazz. 

P/s : Semakin hari semakin kurang selamat. Adakah kerana semakin ramai yang terdesak atau terlampau banyak pendatang asing yang mencari wang dengan cara yang mudah?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

14 thoughts on “Rakan SeOfis Kena Ragut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.