Cuci The Musical Last Kopek Sangat Menghiburkan

 Semalam, Sempatla saya menyaksikan Cuci The Musical Last Kopek (Preview ) atas jemputan dari Astro. Thanks a lot Astro yang menggembirakan hati saya dan Isteri. Actually, ini first time saya menyaksikan Cuci The Musical ini yang dipersembahkan di Istana Budaya.


Cuci The Musical Last Kopek di Istana Budaya
dari 2 – 18 March 2012
Tiket boleh dibeli di www.ticket2u.biz

Best…Dapat seat kat bawah. Nampak jelas pelakon-pelakon

Happy Moments. Isteri gembira sakan. Yerlah, diakan cikgu tarian sekolah. Memang di minat sangat teater sebegini

Inilah review dari saya , random things dan apa yang menarik tentang Cuci The Musical ini . Credit most of the pictures di bawah ini buat www.daydeck86.com, salah seorang staff Astro yang sangat berdedikasi.

Romantic Moments
Saat-saat romantis di atas gondola Hans Isaac dan Vanida Imran
Serius romantik giler scene ini..

Persembahan bertenaga dan mantap dari Dina Nadzir. Nyanyian ,lakonan, dan tariannya nya memang seiring.
Vanida Imran toksah cakaplah, terbaik…Namapun pernah mengondol Artis Wanita Terbaik dan memenangi Juara Sehati Berdansa
Nasib baik takde AC Mizal. Saya lebih sukakan lakonan Nabil Raja Lawak ni. Memang tak kering gusi dibuatnya dengan lawak-lawak spontannya.

Awiepun memang best, nyanyian, lawak Pisang. Hans Isaac, dedikasi habis dan memang feel laa tengok lakonan nya yang mantap.Afdlin Shauki, as always,tidak mengecewakan dan persembahan mantap.

Dancing Moments. Gempak

Scene-scene menari dan menyanyi memang saya suka, cam layan citer Hindustan live pun ada. Dengan krew-krew yang lebih 200 orang, memang respekla.

Nabil- Sentiasa membuatkan penonton ketawa . Terbaikla Nabil
Douglas Lim yang memegang watak Wira yang menggantikan Haris Iskandar memang tidak mengecewakan. Watak dibawa dengan baik dan menghiburkan
Nasihat Moments – Harun Salim Bachik pun cool dan bestt…Lawak-lawak yang mudah difahami
Go,Action…
Family Come First

Overall, Cuci Musical Last Kopek ni memang sangat-sangat best. Selain dari jenaka yang bersahaja dan menghiburkan, jalan cerita yang mudah difahami, lakonan yang mantap dari pelakon-pelakon, nyanyian dan tarian yang menarik, turut disajikan dengan nilai-nilai murni antaranya Persahabatan, Percintaan, Kasih Sayang antara Anak dan Bapa, Rasuah, dan nilai-nilai kemasyarakatan.

Memang rasa tak puas menonton sekali, InsyaAllah kalau tiada aral melintang dan dimurahkan rezeki, akan saya tontoni sekali lagi last edition Cuci the Musical ni. 100 kali better kot dari Filem Cuci dan rating saya berikan 8.5/10. Teater kedua terbaik pernah saya tontoni selepas Puteri Gunung Ledang The Musical.

Cuci The Musical Last Kopek sangat menghiburkan hati
Saya gembira, persembahan mantap sekali
Tahniah dari saya sekali lagi
Persembahan terbaik kalahkan filem Melayu box office di luar sana sudah semesti

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

20 thoughts on “Cuci The Musical Last Kopek Sangat Menghiburkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.