Terima Kasih dari Mak Ngah Sekeluarga

As Salam dari Eyriqazz,

Alhamdulillah, sudah berada di kampung halaman (Terengganu). Sempatlah jumpa Mak Ngah Eyriqazz [ Mohon Sumbangan Buat Mak Ngah ] . Di sini eyriqazz ingin mengucapkan jutaan terimakasih buat pembaca blog eyriqazz dan yang telah memberikan sumbangan buat Mak Ngah. Kata Mak Ngah lebih kurang RM700 diterimanya hasil sumbangan anda semua. Syukur, jumlah ini at least lebih banyak dari Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

This is the power of blogging. Bukan sekadar boleh ekspresi pandangan dan berkongsi pengalaman, malah dapat kita tolong menolong sesama kita. Dari eyriqazz, terimakasih tidak terhingga atas jasa baik korang. Semoga Allah terus memurahkan rezeki anda. Juga dari Mak Ngah, terimakasih juga. Jumlah RM700 ini telah banyak membantunya especially di awal sesi persekolahan tahun ini. Yup, besar maknanya RM700 ini bagi seorang ibu tunggal.
Dua tiga kucing berlari
Manakan sama pembaca blog ini
Dua tiga boleh dicari
Jasa baik anda semua, semoga Allah membalasnya di masa hadapan nanti

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

9 thoughts on “Terima Kasih dari Mak Ngah Sekeluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.