Restoran Mee Ketam Seksyen 7, Shah Alam | Serius Sangat Sedap

Weekend lepas, dapatla tunaikan hasrat Isteriku yang mengidam masakan ketam . Kami terjahi Restoran Mee Ketam di Seksyen 7, Shah Alam . Lokasinya di belakang UNISEL dan tak jauh dari I-City Shah Alam dan Rumah Jejaka Hensem.
 
Special thanks to Myvitrd ( Sesi Terjah Restoran Mee Ketam ) yang rekomenkan Restoran ini. Lebih berselera nak singgahi bila baca pula entri  Mee Ketam INI . Lepas booking dan telefon Ubai (0192496054), lebih kurang pukul 8.30 malam,sampailah di Restoran Mee Ketam ini. 
 
Mee Kari Ketam + Ketam Biasa, RM8

Fuhhh, tengok saja pun sudah menggiurkan dan menyelerakan
Berselera sungguh Isteriku menjamu selera

Kata dulang, paku sepih. Kata orang dia yang lebih
 
Serius, sangatlah sedap. Antara Mee Kari paling sedap pernah saya rasa. Ketamtu pulak dipotong elok, tarikje bahagian badannya bolehla makan isinya. Fuhh, rasa macam tak cukup je semangkuk ni. So, dipendekkan cerita :

 


Tambah Ketam besar = RM5, ketam kecil RM3
Tapi, bossnya sangat baik hati. As kami dapat yang dah last ni, so RM3 each. Wahh, ni yang buat nak singgah lagi ni

Bawa Adik yang belajar di Uitm dengan temannya sekali
Bukan main berselera lagi Ibu mengandung mengidam meratah ketam

Papa nak sikit? Tak boleh..Ni Mama punya

Menu dan harga makanan di Restoran Mee Ketam
 
Selain Mee Kari ketam ,antara hidangan lain yang boleh didapati di sini adalah Mee Hun Sup Ketam, Mee Kari Udang Galah (fuhhh, terliur), Udang/Ketam Nipah masak cili/black pepper, Nasi Goreng Ketam, Mee Olio Ayam, dan Bawal Goreng. Fuhh, semua menu nampak sedap, kena terjahi lagi ni next time.

Restoran Mee Ketam kami singgahi
Indah Khabar, Indah rupa sangatlah sedap sekali
Sudah pasti akan kami terjahi lagi
Next time, maybe Mamat ini yang akan ku Poww belanja kami

Restoran Mee Ketam KL pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan juga rupanya
Memang sentiasa penuh orang. Suggestion kalau nak singgah, bookingla dulu so takdela kecewa menunggu lama
 
Serius sangat sedap. Memang saya rekomenkan, Salah Satu Tempat Makan Menarik di Selangor dan wajib diterjahi. Harga berpatutan, masakan sedap, suasana pun santai.
 
Restoran Mee Ketam
No. 11, Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B 7/B
Seksyen 7, Shah Alam,Selangor.
Buka 12:30tgh – 10:00mlm  (ISnin  CUTI)
Hubungi :Encik Ubai: 019-2496054 / 0192346388 / 0175653556
 
P/s : Amcam, menggiurkan tak Mee Kari Ketam ni?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

24 thoughts on “Restoran Mee Ketam Seksyen 7, Shah Alam | Serius Sangat Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.