Nasi Lemak Sedap Jalan Langkawi

Sempatla dinner dan pekena Nasi Lemak Sedap Jalan Langkawi. Lokasinya yang tak jauh dari rumah eyriqazz. Atas recommendation Isteri pemilik peniaga nasi lemak ini @ Amy Sweetdarling, sempatla terjahi for dinner semalam.

Mama, Alisya nak… Serius, husband saya masak memang sedap , mungkin itulah yang dikatakan oleh Amy Sweetdarling

Jemput Makan
Fuhh, lepas mencubanya, memang sedap seperti dikatakan. Nasinya yang lembut, sambalnya yang memikat hati. Tidak terlalu pedas, tidak terlalu tawar. Just nice dan kena dengan citarasa kami. Isteri mula-mula ambil separuh je nasi, rupanya kena tambah lagi separuh coz separuh tu Alisya dah habiskan. Memang sedap nasinya, sampaikan Alisya saja dah habiskan separuh.  Ayam goreng dan lauk-lauk yang lain pun boleh tahan kesedapannya. Lauk lain yang disediakan antaranya paru ayam, udang, telur goreng etc. Harga pun berpatutan. Dua orang makan semalam , RM7 sahaja. Murahkan?

Pilih-pilih lauk yang berkenan
Sambalnya memang kena dengan citarasaku. Marvellous
Tumpang berniaga di Restoran Ana Tomyam
Bagusla camni kan? Kasi peluang dekat yang lain untuk berniaga sama. Selain masakan panas, nasi lemak, di sini juga ada jual Sate & burger. Lebih banyak pilihan, the merrier kan?

Suasana pun santai
Sempat pekena sate sekali. Boleh tahan juga rasanya
Jom Terjah. Memang saya rekomen. Lokasi : Ana Tomyam, Jalan Langkawi, Setapak


Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

9 thoughts on “Nasi Lemak Sedap Jalan Langkawi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.