Local Delights Recipe | Selera Tranung

Semalam sempatlah singgahi Restoran Local Delights Recipe yang terletak di Jalan Kamarudin, Kuala Terengganu. Punyalah excited untuk singgahi di sini apabila ianya keluar di Jalan Jalan Cari Makan TV3 . Nampak gaya pengacaranya @ Qushairi nampak menggiurkan.
First Impression masa sampai, umm, kenapa tak ramai orang? Saya silap singgah restoran ke? Umm, dah betul. Pilih-pilih tempat dan agak frustla juga coz tak banyak pilihan makanan time saya singgah ni. 

Ketupat Sotong. So far, Ok la…Biasa-biasaje. 
Kuih Cek Mek Molek. Gula tidak hancur. Makan still rasa gula yang masih keras
Biar Malu-malu,biar segan-segan. Kerna Malu itu….
Isteri pula makan Pengat Durian. Alisya pula makan Pau Kelapa. Order air laici dan 2 teh o ais. Umm, honestly, pandangan peribadi, makanan di sini biasa-biasa saja. Serius saya tertanya-tanya camna boleh keluar di jalan-jalan cari makan tv3. Yang lebih membuatkan rasa sedih, total makanan dan minuman adalah RM21.80. Agak mahal kan? Mungkin sotong kot mahal. 
My suggestion, Jalan-Jalan Cari Makan sepatutnya ambil restoran yang betul-betul sedap dan menepati citarasa. Ini kali ketiga rasanya frust dengan pilihan jalan-jalan cari makan. 1st Restoran Sekinchan Ikan Bakar, 2nd Restoran Putera Ayu Shah Alam dan ketiga yang ni. Umm, next time kena lebih berhati-hati apabila nak terjahi restoran yang kuar di Jalan-Jalan Cari Makan. 

Selamat Tinggal Local Delights Recipe. Ini maybe my first n last time singgah sini kot…

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

15 thoughts on “Local Delights Recipe | Selera Tranung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.