HomeStay/Rumah Tamu di Wakaf Che Yeh, Kelantan

Semasa konvoi bercuti di Kelantan, saudara mara eyriqazz lebih kurang 4 keluarga mengambil pilihan untuk memilih Homestay/Rumah Tamu Mas di Wakaf Che Yeh, Kelantan. Faktor utama adalah murah, ada 3 bilik, berhawa dingin dan parking boleh memuatkan lebih kurang 3-4 buah kereta.
 
 Pandai pakcik eyriqazz cari rumah tamu ini, lokasinya yang lebih kurang 5 minit drive dari Wakaf Che Yeh, Kelantan, antara destinasi shopping pilihan di waktu malam di Kota Bharu, Kelantan. Kalau nak pi Kota Bharu pun hanyalah lebih kurang 30 minit perjalanan.
 
Berapa harganya? Umm, jangan terkejut ya. Time pergi ini semasa Cuti Chinese New Year, RM150 semalam untuk sebuah rumah yang memuatkan 3 bilik yang dilengkapi Aircond, peti sejuk biasa, dan katil Queen. Nak ambil gambar di dalam tak sempat la pula. Murahkan, kalau jalan ramai-ramai better menyewa camni, sewa bilik di hotel budgetpun rasanya dah kos lebih kurang rm50-100 semalam.
Owh ya, Kalau mencari kereta sewa pada harga yang murah dan berpatutan Cuti-Cuti Malaysia, bolehla booking di SINI
 
Kalau terasa nak bercuti di Kota Bharu, Kelantan dan mencari tempat tinggal untuk bermalam, saya rekomenkan HomeStay @ Rumah Tamu ini. Bolehla hubungi di No. telefon 017-9765838. Oh ya, ini bukan entri berbayar ya. Entri ini sebagai tanda terimakasih buat pemilik HomeStay tersebut yang menyediakan tempat /rumah tamu dengan harga yang berpatutan dan murah buat yang mahu bercuti di Kelantan.
 
Anyway, Jika ingin menempah hotel di Kelantan saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Comments

  1. says

    Salam En. Eyriqazz..

    +artie baru sahaja berjinak2 dengan perniagaan homestay ini memandangkan keperluan sahabat rakan niaga artie disini yg dtg dari seluruh negara. Alhamdulillah dapat juga sambutan walaupun baru 3 bulan jagung beroperasi. Banyak artikel artie baca berkenaan homestay & pembangunannya terutama di negeri Kelantan, dan sokongan yang En. Eyriqazz sumbangkan melalui artikel ini memberikan Artie sedikit lonjakan & inspirasi.

    Terima kasih Tuan Admin kerana perkongsian.
    Artie Natasha recently posted…Ada Facebook Tak? Jom “Like” Fanpage Artie HomestayMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing