First Time Rasa Tak Puas Hati Makan di Secret Recipe

 
Chicken Chop dengan Nasi berherba Secret Recipe memang menjadi antara pilihan eyriqazz dan keluarga kalau singgahi Secret Recipe. Pengalaman sebelum ini memang sedap hidangan ini (boleh refer entri INI, INI dan INI ). Untilla terjahi lagi semalam selepas tengok wayang di Wangsa Walk Mall :
 
 

Inilah yang dihidangkan. Ada banyak kelainan iaitu ada Jagung + Kuah yang Banjir
 
Wahh, ada jagung. Saya suka ada buah. Lebih menyihatkan. Tambah-tambah tengah lapar lepas tengok cerita Alvin & The Chipmunk bersama keluarga. But it turn out very bad , Inilah hidangan yang paling tak sedap pernah saya rasa bersama The Secret Recipe. Kuahnya yang banjir yang membuatkan semakin kurang berselera, nasinya agak keras, dan chicken chop nya yang serius tak sedap. Saya ingatkan mulut saya je, so saya suruh la Isteri try, turn out sama.
 
Dipendekkan cerita :

X sampai suku pun saya makan. Geram, hampa, dan kecewa. What happened The Secret Recipe?

Lain kali kena tanya Instinct. It must be a reason kenapa tak ramai orang
Around 9+ ada Mamat ni nak makan ngan gf dia kot. Sorry, kami dah nak tutup. Umm, bukannya tutup pukul 10 ke? No komen about it..

Apabila kualiti tidak setimpal dengan harga yang dibayar, serius,serius tak puas hati..
 
Before pulang, sempat saya tanyakan waiternya. Umm, tukar chef ke? Jawapannya, Umm, ntah,rasanya tak….Plus i told him makanan ni first time rasa tak sedap but dia buat selamba je…Takpelah, dah order kenalah bayar kan?
 
Well, pengalaman sebegini akan membuatkan saya lebih berhati-hati untuk singgahi lagi The Secret Recipe in the future. Kalau harga mahal, tapi masakan sedap, at least we feel worth it rite? Ni, dengan servis charge dengan government tax, turn out, makananannya ………. Really spoil my mood malam tadi…
 
Jangan ambil enteng pandangan pengguna. Yup, memang Secret Recipe sangat establish dan makanannya sedap tapi kenalah jaga prestasi secara berterusan. If not, tepuk dada,tanya selera. If you can’t meet my expectation, it’s ok, i will choose elsewhere else. I work hard for the money i earn and i think i deserve it, termasuklah memilih makanan yang kena dengan selera..
 
P/s : Apabila kemahuan pengguna dikebelakangkan, hasilnya jadilah macam apa yang terjadi dekat “Nasi Lemak Antarabangsa” .

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

33 thoughts on “First Time Rasa Tak Puas Hati Makan di Secret Recipe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.