Blog Contest Blog Sampah?

” Bagi pendapat aku la, apa kejadahnya buat Blog Contest ni?? Orang nak blogging, sebarkan info dan ilmu, tapi ade jugak insan lain yang dok sibuk mengejar hadiah-hadiah yang ditawarkan.. Bagi mereka, kalo menang satu rezeki, kalo tak menang.. tak bagi efek pun sebab ade lagi beratus pertandingan yang dorang join tu.

Aduisshh, memang tak berhati perut betul aku tengok. Cuba la fikir orang lain juga, mereka buat contest dan giveaway ni pun bersebab, dan mereka nak kan sesuatu dari blogger lain.. bukan nak blog contest sampah korang tu (minta maaf aku katakan).” – dipetik dari entri Apa Kejadahnya Buat Blog Contest??


Inilah pandangan saya, first of all kalau ada yang menyinggung or tak kena, maafkan saya. Saya hanya manusia biasa, memberikan pandangan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya yang masih lagi baru dalam dunia blogging ini  :

” Tepuk Dada, tanya selera. Pilihan di tangan masing-masing. Blog Contest, Blog Give Away ,or blog sampingan yang dibuka sekadar untuk join contest, itu adalah hak mereka. Bagi saya yang selalu anjurkan Contest/Give Away, saya tak kisah siapa yang join. Kalau entri mereka terbaik or menepati citarasa pemenang, akan tetap saya pilih pemenang.  Tak salah rasanya kalau mereka mahu join contest dan menang hadiah walaupun menggunakan 2nd blog, at least, mereka meramaikan dan memeriahkan contest yang dianjurkan. The more the merrier kan? . Mungkin taknak semakkan main blog dengan banyak contest yang dijoini. Rezeki ni ada banyak cabangkan?

Yup, buat Contest antara satu cara untuk mempromosikan blog dan memperkenalkan blog kita. Namun, that’s not the only way. Tak perlula nak sedih kalau hits yang dpt dari contest yang dianjurkan tidak menepati apa yang dikehendaki. Win-win situation adalah yang sebaiknya. 

Erhh . Yang buat contest buat banyak tergolong dalam usia bawah umur jer . ekekek :)” .  Umm, takperlah, usia saya pun dah terlebih umur, saya terima seadanya. 

Last but not least, dalam berblogging “Humility in Oneself, Respect for others” adalah sebaiknya. Dunia blogging di Malaysia ni tak besar mana, pusing-pusing ke situ juga. Setiap orang ada pilihan dan pandangan masing-masing, dan saya pun sekadar memberikan pandangan saya. Tersalah silap, harap maafkan. Nobody perfect kan?


P/s : Apa pula pandangan anda, Adakah Blog Contest ini Blog Sampah?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

51 thoughts on “Blog Contest Blog Sampah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.