Accident Depan Mata

Petang tadi semasa pulang, di simpang tiga nak menghala ke rumah, saksikan Accident depan mata. Lampu untuk kami sudah hijau untuk masuk ke simpang, namun ada satu kereta ni di jalan sebelah lagi tetap tidak berhenti. Motosikal di hadapan kami pun terus jalan jugak. Bumm, langgarla kereta dan motosikal itu, di Simpang Jalan Rusila,Marang,Terengganu ….

Terbang Mamat motosikal tu…Motosikal terseret di bawah kereta. Saya berhentikan kereta sekejap dan kasitau penduduk setempat, yang silap kereta itu tak berhenti dan terus jalan. Yang menjadi mangsanya, penunggang motosikal itu. X sempat nak berhenti lama coz adik nak balik KL malam ni. 

Fuhh, inilah jadinya bila peraturan jalan raya diambil ringan. Tak pastila selamat ke tidak penunggang motosikal tu, masa adik pulang dari kedai gunting rambut, katanya dah dibawa kehospital. Pemandu Kereta (Perempuan) sudah diambil dan dibawa keluar dari kereta cepat-cepat, takut dipukul dengan penduduk setempat coz yang kena langgar tu rasanya tinggal tak jauh dari situ. Adussh,kalau nak cepat pun ,pandula berhati-hati, yang tidak bersalah pun menjadi mangsa. Bukan kita je nak cepat, orang lain pun nak cepat juga…Jalanraya ini milik bersama, bukan milik seorang kan?

P/s : Berhati-hati di jalan raya. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. “Ingatlah, Jalan Raya ini Milik Bersama”.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

9 thoughts on “Accident Depan Mata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.