10 Sen Boleh Beli Apa?

Kecil-kecil dulu, 10 Sen boleh beli beberapa biji gula-gula, jajan, Aiskrim 1Malaysia,  dan pelbagai lagi. Sekarangni agak-agak dengan 10 Sen boleh beli apa ya? Nak masuk tandas pun tak lepas 10sen rasanya.

Umm, Semalam bila Baca entri Mamat Malam Jumaat dengan tajuk entrinya yang buat orang teruja nak klik : Hisap Jangan Tak Hisap , terasa nak buat entri pasal ni. Haa, 10 Sen boleh beli apa?

10 Sen bolehla beli Aiskrim 1Malaysia, Mak eyriqazz jual di kampung

Mak, kenapa Mak jual aiskrim ni?. Duit eyriqazz kasi tak cukupke? Mak saje, boring-boring, ada la kanak-kanak datang rumah, terhiburla hati mak ni. Nak tengok cucu, setahun berapa kali je balik kampung ( Ni yang buat eden sedih ni…) . Lagipun, dapatla lebih kurang RM1 sehari, lepasla Mak nak bayar bil elektrik. Duit Eyriqazz kasi boleh mak belikan mainan buat cucu mak (Sob2, mak buat saya makin sedih lagi…)

Itulah nilai 10 sen. Besar maknanya bagi yang menghargainya. Syahdu bila ingat kat Mak, nasib baikla ada adik bongsu menjadi peneman mak di kampung. 


RM25 boleh beli Apa pula? Bolehla beli Ebook AbangEnsem  . Ilmu dari RM25 ini bolehla dikembangkan menjadi 4-5 angka.Eyriqazz dah cuba, it’s work for me…Tak sabar nak memiliki rumah ketiga pula…Now dah ada konsisten return 3 angka sebulan dari rumah sewa pertama.

P/s : 10 Sen Boleh Beli Apa? Umm, kalau tak boleh membeli dengan 10 sen, simpanla dalam tabung. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kalau dipraktikkan dengan Tips Tabung Bunian ni, simpanan selama 3 tahun boleh mengalahkan Simpanan Seorang yang berusia 30 tahun (Hint,hint Usia eyriqazz 5 tahun lagi…Hik3)…

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

29 thoughts on “10 Sen Boleh Beli Apa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.