Rahsia di Sebalik Karipap Ajaib

Flash back entry Karipap Ajaib. Okla, kali ini saya bercerita kenapa saya gelarkan ia karipap ajaib. Begini ceritanya :

Ketika Isteri tengah sibuk membeli souvenir, ikan kering, udang kering etc bersebelahan dengan Pasar Filipina, eyriqazz ternampaklah dua kelibat kanak-kanak yang sedang asyik menjual makanan sambil menolak troli :


Karipap Ajaib sedang dijual

Memang ajaib. Mata saya tertumpu kepada mereka. 4 biji RM1. Lebih kurang beberapa minit penjual ini di depan saya, berpusu-pusu pelanggan datang membeli karipap mereka. Nampak mereka makan pun berselera. 



Tengoklah kanak-kanak ini



Sungguh seronok nampak mereka makan karipap ini

Memang layan tengok mereka makan. Saya namakan ianya karipap ajaib kerana :

  • First time saya melihat seorang kanak-kanak lebih kurang usia 4-5 tahun berjaya menghabiskan 4 biji karipap dalam 1 go. Mesti sedap karipap ini.
  • Agak berbeza intinya. Saya nampak intinya macam Mee Hun. First time saya lihat. Pulak itu ianya dicicah dengan air lebih kurang macam air asam ikan bakar. Satu pengalaman baru bagi saya. Nak kena tanya Kak Yan ni camne nak buat karipap ajaib ini.
  • Memang murah rezeki penjual karipap ajaib ini. Saya perhatikan semasa dia memberikan duit cucur, dalam poketnya rasanya lebih dalam RM100. Fuhh, lumayan juga menjual karipap sebegini, tolak dalam troli dan bergerak mengikut kesesuaian. 
Itulah rahsia sebenarnya kenapa saya gelarkan ia karipap ajaib. Ajaib pada pandangan saya dan membuka minda ini. Betul kata orang, Jauh Perjalanan , Luas Pengalaman. Tak gitu?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

20 thoughts on “Rahsia di Sebalik Karipap Ajaib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.