Proton Persona Nampak Mempesona

Sejak Isteri pregnant anak kedua ini, kami memang memang bercadang untuk beli kereta baru tahun depan. Yerlah, anak makin ramai, kereta yang lebih selesa kami perlukan. Surveying around, antara kereta yang nampak menarik dan dishortlisted oleh kami adalah :

 


Proton Persona. Nampak Mempesona
 
First impression, designnya memang cantik. Nampak profesional dan nampak kena dengan gaya hidup kami golongan middle income yang both bekerja. Sesuai bagi seorang banker (eyriqazz) ke tempat kerja dan nampak anggun buat Guru (Isteri) ke sekolah. 
 
Dari belakang pun nampak cantik dan Mempesona
 
Dalam memilih kereta, banyak faktor yang perlu dipertimbangkan terutamanya harga dan citarasa seisi keluarga. Surfing dan surveying around, antara faktor dan features yang menarik hati kami tentang Proton Persona ini antaranya :
 

Bonet yang agak besar juga
 
Ini antara faktor terpenting bagi kami. Yerlah, bayi kecil nanti perlukan stroller dan barangan bayi memang banyak untuk diletakkan di dlaam bonet. Lebih-lebih lagi kalau pulang ke kampung halaman iaitu Kelantan dan Terengganu. Bonet kereta Persona nampak luas dan besar juga. So, + point disitu.
 
Interior Dalaman yang menarik
 
Suka designnya yang nampak cantik dan kemas.Nampak sporty dan elegant. Hik3,suka-suka. Especially Isteri la yang agak cerewet bak-bak kekemasan dan kecantikan ini. Proton Persona ini nampak menepati citarasa Isteri especially. 
 

Compartment
 
Senangla sikit kan nak simpan barang-barang. Compartment Proton Persona nampak menarik dan serba guna. 
 
Faktor Keselamatan
 
Antara faktor penting especially for us yang selalu drive jauh dan pulang ke kampung halaman memandu berjam-jam di jalanraya. Proton Persona HL dilengkapi dengan EBS dan EBD yang membantu menstabilkan di jalan licin dan berat yang kurang stabil kiri dan kanan . Hik3, yerla, of course laa tak stabil, belah eyriqazz sudah pasti lebih berat. Umm, no wonder kadang-kadang kalau memecut lebih 100km/j untuk perjalanan jauh,dengan kereta lain,  terasa macam kurang stabil.
 

Pilihan Warna dan Harga
 
Genetic Silver memang warna pilihan kami. Faktor harga juga memainkan peranan yang penting. For us, biarlah it goes hand in hand dan kami mampu memilikinya lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup yang semakin mencabar kini. Mahal-mahal sangat pun, mungkin tak mampu untuk kami miliki. Checking around harga Proton Persona ini iaitu around RM45K+ to RM60K memang dalam lingkupan budget kami.
 
Feedback Pengguna Proton Persona
 
Rakan seofis/blogger iaitu SharingInfoz adalah salah seorang pengguna Proton Persona. Saya tanyakan sendiri pengalamannya menggunakan/bersama Proton Persona. Feedback yang diterima cukup memuaskan antaranya sesuai untuk perjalanan jauh, menjimatkan minyak, low maintenance kos, dan sesuai bagi dengan lifesttyle saya. Yerlah, dia pun turut mempunyai 2 orang anak.  
 
 
Surfing around dan check out Proton website http://www.proton-edar.com.my , nampaklah berkenaan promosi menarik Incredible Deals On Wheels yang agak menarik ini. Umm, jom terjah :
 
 
Woww, Sempena Musim Cuti sekolah ini, berpeluang untuk menikmati penjimatan sehingga RM5,000 sekiranya membuat penempahan kereta Proton terpilih antaranya Persona Elegance, Saga, Exora dan Inspira antara 15 November 2011 sehingga 31 December 2011. Nampak menarik dan mempesona promosi yang dijalankan, RM5,000 tu satu jumlah yang agak besar. Lebih lanjut boleh layari laman web ini : http://www.proton-edar.com.my/
 
Umm, promosi mempesona, kereta pun boleh tahan juga, feedback pengguna bagus sahaja. Oooh, apa pandangan anda pula? Patutkah eyriqazz buat tempahan Kereta Persona ini? 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

24 thoughts on “Proton Persona Nampak Mempesona

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.