Poring Hot Spring, Ranau

Semasa di Sabah, sempatlah kami singgah di Poring Hot Spring, Ranau. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Kota Kinabalu, Sabah dengan kereta.
Seperti digembar-gemburkan di website :
Poring Hot Spring is listed on Sabah Tourism Board’s website as one of the places to go to “de-stress and soak away the sores and aches of muscles in the spring’s hot sulphuric minerals, deemed to have healing properties..”. Check out entri INI
In reality, inilah lebih kurang pengalaman kami :

Inilah Hot Spring nya..Yangni memang panas, tak boleh mandi, telur pun boleh masak rendam di sini
Harga tiket masuk, RM3 untuk dewasa, RM1 kanak-kanak
Jom terjah
Sebaikje sampai, memang shock yang amat. Fuhhh, adakah berbaloi perjalanan kami selama 2 jam melalui jalanraya yang mengalahkan jalan KL-Gua Musang :
Inilah salah satu tempat mandinya.Umm, kalau kolah mandi camni,satu paip air panas,satu paip air sejuk.Voila, jadilah Hot…Kreatif,kreatif…
Ni swimming pool yang disediakan. Yangni nak mandi, harga lain
Kadar bayaran. Fuhh, mandi swimming pool pun nak kena bayar?
This one much more better..Ada part dalam, ada yang kurang

View dari teratak berehat
To cut the story short, hanya saya dan Alisya yang mandi.Isteri dan adik ipar memang tak berselera untuk mandi di sini. Itupun nak tunaikan hasrat Alisya teringin nak mandi.  Seriusly, memang tak berbaloi, Poring Hot Spring, Indah Khabar dari rupa. Menyesal tak baca entry INI dulu sebelum terjahi Kota Kinabalu.
Serius, kalau saya tahu begini keadaannya, better terjahi tempat lain yang lebih menarik di Ranau seperti Ladang Teh Sabah dan Tagal Sg Moroli Fish Spa. Penat, bengang dengan kereta sewa, perjalanan yang tidak berbaloi, dan pengalaman sebegini yang dirasai?
P/s : Sebelum bercuti, better search dan buatla survey dulu tempat-tempat menarik yang ingin disinggahi agar tidak menyesal di kemudian hari. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak terlepas ke tempat yang tak best, memang akan mekar menjadi memori yang tidak Indah….Apapun, pengalaman mematangkan kehidupan, kan?
Anyway, Jika ingin menempah hotel di Sabah, saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

15 thoughts on “Poring Hot Spring, Ranau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.