Pasar Filipina @ Pasar Kraftangan, Kota Kinabalu

Jika bercuti di Kota Kinabalu, Sabah, memang rugi kalau tidak singgah di Pasar Filipina @ Pasar Kraftangan ini. Tempat cari souvenir dengan harga yang berpatutan antaranya barangan mutiara, fridge magnet, keychain,dan pelbagai lagi. Kedai pun banyak dan boleh tawar menawar. Senyuman sentiasa menguntum dari peniaga di sini membuatkan tempat ini begitu popular di kalangan pelancong.

Pilih-pilih mana satu nak. Beli banyak dapat harga lebih murah
Rantai,mutiara, gelang2, etc..Opss, sorry, awek kedai not for sale ya
Amboi, bukan main seronok laa lagi Si Isteri kalau singgah sini.

Make sure pergunakan skill tawar menawar sebaik mungkin
Memang rambang mata dibuatnya

Makanan kering laut pun boleh didapati tak jauh dari Pasar Filipina ini
Tadaa, Ini antara yang saya beli untuk digive awaykan sebahagiannya. masih belum sempat memilih pemenangnya
Jauh perjalanan, luas pengalaman. Pasar Filipina @ Pasar Kraftangan, antara tempat menarik untuk dikunjungi andainya berkunjung di Kota Kinabalu, Sabah. Make sure sediakan duit yang ehem,ehem,gerenti puas hati.

Anyway, Jika ingin menempah hotel di Kota Kinabalu, Sabah saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

10 thoughts on “Pasar Filipina @ Pasar Kraftangan, Kota Kinabalu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.