Mohon Sumbangan Buat Mak Ngah


Inilah Rumah Mak Ngah di kampung, Terengganu
Saya pernah hidup susah, memang besar cabaran buat ibu tunggal ini
Air Mata memang menjadi teman hidupnya

Hampir menitik airmata ini apabila telefon mak saya beberapa hari yang lepas. Kata mak, Mak Ngah betul-betul dalam kesusahan sekarang ni lebih-lebih lagi sekolah bakal dibuka tak lama lagi. Boleh dikatakan kesemua anaknya masih bersekolah dan perbelanjaan menjelang persekolahan memang memeningkan kepala Mak Ngah yang hanya bekerja sebagai Pump Attendant. Baju sekolah, peralatan sekolah, yuran politeknik ,dan pelbagai lagi. Sampaikan bergadai barang kemas demi anak-anak. Umm, besar sungguh pengorbanan seorang Ibu, kan?

“Nak minta sangat bantuan RM100 seorang dari adik-adik, itulah yang terpacul di mulut Mak Ngahku kata Mak. Nak minta lebih-lebih, mak ngah pun tau, masing-masih ada tanggunggan sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Alhamdulillah, Tahun lepas ketika Mak Ngah dilanda musibah, kehilangan suami dan sumber pencarian utama, hasil dari pembaca blog ini, eyriqazz dapat kumpulkan RM2,000+ buat Mak Ngah [ Terima Kasih dari Mak Ngah] . Yup, sebagai anak buah sulung, sayapun akan turut memberikan sumbangan kali ini, time ni dia susah, mungkin suatu hari nanti hari kita.Roda tidak selalunya berada di atas.

Semalam sempat eyriqazz telefon Mak Ngah, terkejut apabila bantuan orang miskin berjumlah RM400 yang diterimanya kini dipotong menjadi RM300 sebulan tanpa memberikan sebab yang meyakinkan. Juga ditipu oleh Agent Insurans dan duit dari akaun BSNnya dipotong RM25 sebulan. RM25 itu, besar nilainya bagi Mak Ngah. 

Di entry ini juga, saya mengambil peluang untuk :

Sumbangan Ikhlas Dari Pembaca dan Semua
Kalau ada yang bermurah hati dan sudi meringankan beban Mak Ngah eyriqazz, amatla-amatla dialu-alukan. Kecil tapak tangan, nyiru Mak Ngah tadahkan. Bantuan anda, InsyaAllah akan memberikan lebih sinar kegembiraan buatnya. 

Sumbangan anda bolehla terus di bank in kan ke akaun BSN Mak Ngah :

Azizah Binti Said
Ic number : 630818115004
No Akaun : 1110529000178987

P/s : Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

10 thoughts on “Mohon Sumbangan Buat Mak Ngah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.