Mesyuarat GTB di Restoran Sekinchan Ikan Bakar, Taman Setiawangsa

Minggu lepas, atas jemputan Restoran Sekinchan Ikan Bakar , eyriqazz sekeluarga serta beberapa ahli Geng Tali Barut telah ke Restoran Sekinchan Ikan Bakar, Taman Setiawangsa untuk sesi bersama big boss dari restoran itu dan juga sesi lanjutan bersama bloggers dan menjawab dan menerangkan tentang isu dan feedback pengguna sebelum ini  i.e. Pengalaman kurang menguja eyriqazz sebelum ini [ Celebrate Birthday di Restoran Sekinchan Ikan Bakar]

Special thanks buat Syam @ Shakiddo yang mengaturkan pertemuan dan makan-makan ini. 2 in 1. Makan dan bertemu geng talibarut.

Restoran Sekinchan Ikan Bakar, Taman Setiawangsa
Alisya pun turut teruja ( Muka eyriqazzstone yang masih belum berselera selepas terkena food poisoning di Sabah)
Nasi Lemak. Berselera Alisya makan
Kari Ayam. Ini kegemaran Myvitrd
Ucapan dan kata aluan dari “Big Boss Restoran Sekinchan Ikan Bakar”
Kusyuk geng-geng talibarut mendengar

Penerangan lebih kurang berkenaan tentang asal usul Restoran Sekinchan Ikan Bakar, sejarah perkembangan, menu, perjalanan restoran dan juga penambahbaikan yang telah diambil setelah menerima feedback/komen dari pengguna .Antara penambahbaikan yang telah diambil seperti kata mereka antaranya berkenaan harga, penambahan menu sedia ada seperti Nasi Goreng Udang, dan juga berkenaan kualiti makanan di sana. Umm, kena terjah sekali lagi untuk melihat perkembangan itu.


Jemput Makan
Berselera Geng-Geng Talibarut menjamu selera sambil bergosip
Ikan Bakar Sekinchan
Kerang Bakar
Ikan Pari
Nasi Goreng Udang

Honestly, in term of rasa, eyriqazz tak dapat nak mengomen coz masih lagi tak sedap mulut gara-gara keracunan makanan masih terasa. Semua yang dimakan rasa tawar. Namun feedback dari Isteri dan rakan-rakan talibarut yang lain mengatakan makanannya memang sedap dan menyelerakan. Mat Joe dan Hazman Fadzil khabarnya sempat menghabiskan 3 bungkus nasi lemak. Ewah,ewah, berselera nampak?


Sambil Makan , Sambil Gosip.Ringan Sama dijinjing, berat sama dipikul

Antara Bloggers Yang Hadir bergambar di depan Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia antaranya Kak Ina KL, Shakiddo, Hazman Fadzil, Bean Moreno, Jamar, Mat Joe, Myvitrd, Daydeck, Amy Sweetdarling dan Cik Helena (Credit picture to JMR)

InsyaAllah, saya akan terjahi lagi Restoran Sekinchan Ikan Bakar ini dan kasi pandangan lagi berkenaan pembaharuan dan penambahbaikan yang telah diambil oleh Restoran ini.

Voucher pun sudah diterima, RM500 lagi, cuma sayang, boleh guna RM10 je setiap kali datang (huwa,huwa,huwa….) untuk pembelian melebihi RM50. Honestly, saya merasakan pemberian voucher sebegini bukannya strategi yang bagus bagi menarik pelanggan setia dan juga reviewer untuk terus berkunjung. Till then, jumpa di the next visit…..Kalau sedap, akan dikata sedap, kalau tidak, begitulah juga…Jadi blogger kenalah honest kan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

13 thoughts on “Mesyuarat GTB di Restoran Sekinchan Ikan Bakar, Taman Setiawangsa

Leave a Reply to shahdiana Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.