Makan Secara Sihat|Hidup Lebih Gembira

12 Tahun dulu : Johan Merentas Desa Sekolah 
Kini :  Ooo, Ooo, Papa ada Baby
 
Tentu ada yang tidak percaya kalau saya katakan dulu saya atlet sekolah dan aktif bersukan. Mewakili sekolah dalam acara olahraga terutamanya lari jarak jauh, dan juga mewakili kolej dalam acara bolasepak dan turut aktif dalam sukan yang lain.
 
Yup, masatu memang saya aktif bersukan. Pemakanan pun dijaga dan lebih menyihatkan. Now, bila dah berkahwin, atas sebab masa dan mengambil jalan cepat dan pantas, banyak mengamalkan pemakanan yang kurang sihat, semakin kurang exercise, dan hasilnya, berat badan meningkat . Dulu 63kg, Now 85kg. Main reason adalah pemakanan dan kurangnya aktiviti bersukan yang menyihatkan badan.
 
Apapun, it is never too late. Walaupun roda masa tidak dapat diputar, but u can change ur life for a better good. So, one of my new resolution sempena tahun baru next year adalah mengurangkan berat badan, makan secara sihat dan mengamalkan gaya hidup yang lebih menyihatkan badan dan minda.
 
Belajar dari pengalaman,pembacaan dan perkongsian rakan-rakan, rasanya ini antara yang boleh/akan lakukan especially dalam bak pemakanan. Yup, Makan Secara Sihat demi masa depan yang lebih gembira :
 
1) Kurangkan Makanan Bergoreng
 
Yup, minyak berlebihan tidak bagus untuk kesihatan. Kurangkan minyak, rasa lebih enak, anakpun tidak ‘perli’ in the future. Hik3, memang terasa bila ditegur oleh seorang anak yang baru je berusia 2 tahun lebih.
 
2) Kurangkan Makan Fast Food
 
Fast food, sedap dimakan namun kesan jangka panjang memang lebih memudatkan. Wanna gain weight cepat? Mudahje, terjahla fast food hari-hari dan kurangkan bersenam, memang cepatje berat badan akan naik dengan cara tidak sihat.
 
3) Kurangkan Minuman Berais
 
Yup, kena kurangkan juga minuman berais. Ianya kurang bagus untuk kesihatan kerana pembakaran lemak akan lebih sukar.
 
4) Kurangkan kunjungi Restoran Segera . Pantas tapi kurang menyihatkan. 
 
Makanan sebegini lebih mengundang kepada potensi penyakit moden seperti kencing manis, darah tinggi, dan sebagainya. Tunjuk jari kat diri sendiri especially bila anak-anak makin membesar, contoh yang terbaik adalah dari ibu dan bapa. Yup, better late than never.
 

5) Kurangkan Makanan Bersantan
 
Fuhh,sedap memang sedap. Tapi dah makan terus terangkat dan mula terasa berat. Samalah juga dengan :
 
6) Kurangkan Makanan Berlemak
 
Namapun dah nasi lemak, of course memang melemakkan . Especially time breakfast, memang best kan kalau pekena nasi lemak? Umm, sedap-sedap juga, namun ianya memang kurang menyihatkan, apa salahnya jika breakfast ditukar dengan menu yang lebih menyihatkan seperti :
 

Cereal dan Susu Rendah Lemak
 
Yup, pengalaman mengajar saya. Nak naik berat badan secara tidak sihat memang mudah namun untuk mengurangkan berat badan secara sihat bukannya langkah mudah. I have tried it and this time i really want and put better effort, especially dalam hal pemakanan.
 
Selain itu, Makan Secara Sihat dan mengurangkan/mengawal makanan sebegini yang kurang menyihatkan antaranya :
 
ABC
Aiskrim

Makanan Yang Manis
 
Saya setuju dengan kata-kata ini :
 
Kurangkan Gula Dalam Makanan, Lebihkan Manis Dalam Senyuman
 
Salah satu pengalaman menyedihkan dan sukar dilupakan dalam hidup saya adalah bapa saya meninggal dunia atas masalah/penyakit yang berkaitan dengan pemakanan yang kurang sihat,suka makan makanan yang manis dan terkena penyakit kencing manis. Saya tidak mahu perkara yang sama berulang kembali ke atas diri saya, nanti siapa yang bakal menjaga Isteri dan anak-anak saya? Belum terlambat untuk berubah, dan belum terlambat untuk menukar habit dan mengamalkan pemakanan yang lebih sihat.
Antara amalan yang lebih menyihatkan yang akan saya cuba lakukan :
1) Cuba ikuti dan padani Piramid Makanan

2) Ubah Menu dari Bergoreng kepada Rebus, Kukus, Panggang Etc..
Fuhh, Mee Rebus Terengganu memang sedap, ada sayur, ada protein, dan menyelerakan…
3) Lebihkan Memakan Buah-Buahan Instead of Jajang or Makanan Ringan
4) Sayur-Sayuran pun tidak dilupa
5) Kalau ke Fast Food, Pilih yang lebih healthier i.e. Nasi Ayam Chicken Rice Shop ini
6) Mulakan ianya dari rumah. Minta Isteri masakkan makanan yang lebih berkhasiat dan menyihatkan.

7) An Apple A Day Keeps A Doctor Away
 
Masalah yang ada untuk diselesaikan. Ini antara masalah saya sekarang, cuba untuk berubah dan mengamalkan gaya pemakanan yang lebih sihat. Yup, Ingat seronok ke bila balik kampung or jumpa rakan-rakan dan diusik :
 
“Wah, perut makin kedepan….Ada Baby ke?”
 
” Ehem,ehem, makin berisi sekarang. Apa rahsia?” Amboi-amboi, sedapnya menyindir. Hik4…
 
Well, it start from you dan bagi menghindari sindiran sinis sebegini, ianya juga bermula dari anda. Never say never. Don’t give up dan  berubah ke arah yang lebih bagus especially bak-bak pemakanan ini.
 
To make it better, carilah masa walaupun sesibuk mana diri ini , Kawal Pemakanan ,Mengamalkan Pemakanan yang Sihat disamping :
 
Bersenam Secara Konsisten. 

Yes, Saya seorang Juara Sukan dulu dan mempunyai badan yang Ideal. Yup, I Can Do It Again…

Apa Guna ada Wang Ringgit sekiranya Badan Tidak Sihat akibat Pemakanan yang Kurang Sihat?
add-cart
 
Saya menyahut cabaran saya . Andainya dalam masa 6 bulan selepas entri ini, tiada nampak respons yang positif berkenaan “Badan Saya Ini”, silala tegur-teguri saya. Sokongan anda, of course akan lebih memberikan lebih semangat. 
 
Ke arah yang positif saya tujui, pemakananan yang lebih sihat akan saya cuba ikuti, Badan Yang Ideal Saya Idami, Hidup Lebih Gembira Sudah Semesti. Makanan Yang Sihat badan dan diri lebih berseri-seri, orang disekeling pun akan semakin kurang memerli, mungkin pujian yang pula akan diberi.
 
Jangan lupa juga untuk menonton rancangan Sihat 1Malaysia yang dihoskan oleh Fahrin Ahmad, rancangan yang berkongsi tentang tips-tips kesihatan dan,amalan pemakanan yang sihat dan juga senaman/ativiti fizikal  Disini anda berpeluang mendapatkan tips kesihatan, dan juga perkongsian menarik dari selebriti terkenal antaranya Chef Zaidah, Ifa Raziah, dan ramai lagi.
 
Jom Sama-Sama ke arah Pemakananan Yang Lebih Sihat agar lebih tenteram dan gembira di kemudian hari, lebih informasi berkenaan Gaya Hidup dan Pemakanan yang Sihat, bolehla terjahi www.gayahidupsihat.my 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

21 thoughts on “Makan Secara Sihat|Hidup Lebih Gembira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.