Kau Ingat LRT ini Kau yang Punya ke?

Lokasi : LRT Taman Melati
Masa : lebih kurang 3pm, 17 December 2011
Tempat dituju : KLCC

Actually, ini rasanya kali kedua saya naik Putra LRT sejak dia memperkenalkan sistem token/coin tu. Yerlah, tunaikan hasrat anak teringin sangat nak naik LRT. Inilah lebih kurang perbualan kami :

 


Eyriqazz : Alamak, boleh guna machine je ke..Kaunter tak boleh beli tiket. Khas utk Touch n go n MyrapidCard. Info pasal MyrapidCard, Click Here
 
Eyriqazz : Umm, tak boleh beli tiket pergi balik ke?
Staff LRT : Tak boleh, single je. Memang machine tu camtu 
 
Eyriqazz : Umm, ni bukan menyenangkan, tapi lebih menyusahkan pengguna.
Staff LRT : Dah machine dia design camtu (suara dah semakin tinggi). Kalau tak suka, naik teksi je laa…Lebih mahal la, sanggup bayarke?…. (terus blah….)
 
Amboi, manis sungguh gaya bahasa. Saya jarang naik LRT, so salahke bertanya. Dan camni ke cara treat pengguna? Serius tak puas hati dengan caranya….

To make it worst, WTFish with the machine? Only accept coin, RM1 and RM2? Kat mana nak cari RM2?
Kalau time tu ada RM5 or RM10 je, camne? Ada machine tukar duitke?
 
Serius, sebagai pengguna saya keliru bila dia tukar sistem/machine ni. First, dahla tak boleh beli tiket pergi balik. 2nd, kaunter yang ada pekerja utk touch n go n myrapidcard je (special treatment due to???)…. Then, accept RM1,coin and RM2 je? Umm, curious,curious….

Nasib baik time ni tak ramai orang…

Kaunter yang ada pekerja…Lengangje…Umm, what a waste of resources n waste our time to beli tiket dekat machine

Inilah coin/token yang dimaksudkan
 
Secara positifnya ,apa yang saya nampak, token ini akan menjimatkan kos operasi RapidKL, lebih senang diselenggarakan, mesra alam sekitar compare to tiket kertas,senang dibawa,dan kurang skit kerja pekerja di kaunter. 
 
Tapi, in term of implementation, banyak part perlu diperbaharui/dititikberatkan especially keselesaan pengguna yang memilih untuk tidak menggunakan Touch n Go & MyRapidCard especially bukannya pengguna tegar LRT macam saya, pelancong, etc.
 
Di LRT Taman Melati okla lagi coz tak busy. Check it out masa di KLCC :

Perghh, giler ramai beratur queue nak beli token. 
1st kalau ada pergi balik, kan dah lebih cepat?
2nd : Adakah penggunaaan machine sepenuhnya untuk token/tiket ini menguntungkan pengguna or RapidKL sahaja?
Serius, saya sedih…
 
Masa pulang dari KLCC, lebih kurang 15 minit nak beli token tu saja.Ada makcik-makcik tu saya perhatikan duduk di satu bucu bersila sambil menunggu anak-anak queue beli tiket rasanya.  Come on la RapidKL, time is precious. Don’t waste our time.Takkan coz nak jaga touch n go n etc, pengguna yang guna token dianaktirikan?Mereka pun pengguna juga…
 
Serius, dahla KL ni dari dulu lagi problem dengan pengangkutan awam ,ditambah pula dengan hal-hal sebegini, memang sakit hati dibuatnya. Please,please, tell your staff to go for customer service course. Plus, sistem token tu perlukan pembaharuan. Saya sampai skang tak faham, kenapa tak boleh buat pergi balik? Bukankah ianya lebih menyenangkan pengguna especially time peak especially time pergi kerja/balik kerja?Adakah ini salah satu cara slowdownkan pengguna so takdelah LRT tu sentiasa pek macam sardin?Umm, entahla…
 
Entry ini akan saya forwardkan juga kepada RapidKL .
 
P/s : Kenapa saya suka complaint? Umm, salahke kalau untuk kebaikan bersama? Saya hanya mempertahankan hak Saya sebagai Seorang Pengguna [ Hak-Hak Pengguna] . Salah satu hak itu adalah, Hak untuk bersuara dan memberikan pandangan tentang isu pengguna. Umm, better cakap depan-depan dari cakap belakang-belakang pastu komplain “No Action Has Been Taken?”. 
 
UPDATED 27 December 2011 – Jawapan Balas dari MyRapidKL

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

77 thoughts on “Kau Ingat LRT ini Kau yang Punya ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.