Filem Ombak Rindu Tidak Mengecewakan


Ombak Rindu Oh Ombak Rindu

Hebat sungguh penangan Filem Ombak Rindu ini, sampaikan isteri merengek-rengek minta nak tengok filem ini. Umm, tak elok kecewakan hati seorang ibu yang tengah pregnant kan? So, dipendekkan cerita, semalam pergila kami menonton filem 

Ombak Rindu di TGV KLCC

Dah lama tak tengok wayang. Harga tiket pun dah naik. Kalau tak silap, last time RM11 je dewasa, now dah RM14. Kanak-kanak RM9. Yup, kami bawa sekali Alisya sambil berdoa dia takla merengek or menangis di panggung wayang tu nanti.

Di Dalam Panggung. Kasi Pop Corn je terus senyap

Papa, kenapa gelap ni?

Mujurla, Alisya tidak menangis or merengek. Cuma minta susu, dan kadang-kadang menyampukla bila dengar dialog yang pelik-pelik. “Papa, Kakak Nangis..” Papa, Kucing…Papa, mana Chipmunk? Hik3, biasalah, tentu diapun excited kot.

Overall, filem Ombak Rindu ni tidak menghampakan. Eyriqazz suka scene-scene pemandangan cantik yang diambil di sawah padi, di pantai, Cameron Highlands, dan pelbagai lagi. Sejuk mata memandang. Pelakon pun pandai memainkan watak yang dilakonkan terutamanya tiga watak utamanya iaitu Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani. Memang menyengat aura mereka. In term of penceritaaan,boleh tahan juga.Dunia fantasi sudah semestinya lebih indah dari dunia realitikan? 

Nasib baik sempat juga sempat tunaikan hasrat isteri, dengar cerita last week minggu terakhir filem ini ditayangkan di panggung wayang. 

P/s : Kalau nak menang Novel Ombak Rindu pula, bolehla singgahi SINI.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

5 thoughts on “Filem Ombak Rindu Tidak Mengecewakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.