Bestnya Kalau Ada Side Income Camni

Bestnya Kalau Ada Side Income Camni kan? -Credit picture Here– 

Fuhh, memang teruja membaca entri sifuku ini : Side Income . Yang maintain RM88 tu rasanya Income dari Seminar Hartanahnya. Memang teruja melihat pencapaian Sifuku , Jutawan Hartanah yang buat side Income tidak saja dari rumah sewa, malahan dari seminar hartanah yang dianjurkan dan juga Ebook Hartanahnya . Jualan Ebook dan Seminar hartanahnya saja, sudah mencecah 4 angka sebulan.

Teruja dapat berkawan dan mendengar sendiri tips dan pengalaman peribadi darinya. Bak Kata Robert Koyisaki dalam buku “Rich Dad, Poor Dad” – There is gold everywhere. Most people are not trained to see it.   For me, Sifuku ini adalah Robert Koyisaki versi Melayu.

Alhamdulillah, berkat belajar dengan Sifuku ini, sekarang saya dapat buat Side Income dari blogging dan juga rumah sewa saya yang pertama. Yup, rupanya banyak cabang lagi side income yang boleh dijalani. Tepuk dada,tanya selera. Rajin or tidak rajin untuk mencuba dan mengorak langkah.

Fuhh, better late than never, targetku agar dapat mengecapi 5 angka side Income dalam tempoh 3-5 tahun. Tiada perkara yang mustahil kan? Kalau orang lain boleh, mengapa tidak kita?
P/s : Di mana ada kemahuan, di situ ada jalankan? Tengah mengorak langkah agar dapat keluar dari ‘Rat Race’ sebelum usiaku mencecah 35 tahun.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “Bestnya Kalau Ada Side Income Camni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.