Tips Murah Rezeki

 
Semalam berpeluang lepak-lepak dengan Jutawan Hartanah ini lagi. Sembang-sembang pasal projek terbaru kami yang bakal berkongsi informasi dan pengalaman peribadi tentang blogger Melayu yang berjaya dan mencipta nama. Oh, yangtu lain kali saya ceritakan.
 
Di kesempatan itu, sempatlah juga Jutawan Hartanah berkongsi kisah rakannya yang mempunyai pendapatan bulan puluhan ribu hasil pelbagai business yang dijalankan. Namun, atas sebab tertentu dia mengalami kerugian almost RM setengah juta, depress dan hampir membunuh diri. Ketika dia menceritakan pengalamannya, menangis teresak-esak ketika bercerita. Mujurlah nasihat dari rakan-rakan termasukla Jutawan Hartanah ini mampu memulihkan keadaan.
 
Rezeki dia datang bertimpa-timpa selepas menerima nasihat rakan-rakan. Income lebih lebat dari sebelum ini, dan projek yang tidak dijangka-jangka diterima. Status Jutawan bolehla diberikan kepadanya.
Tentu korang tertanya-tanya apakah tips yang diberikan oleh rakan-rakannya? Apakah yang menjadi turning point disebalik kegagalan, ditipu dan kerugian ratusan ribu ringgit. Inilah tips yang dikongsi :
1) Minta maaf kepada Ibu. Terangkan kepada ibu hasil income selama ini dan juga teruskan berbuat baik kepada ibubapa. Yup, doa seorang ibu especially memang mujarat. Berterusan la berbakti dan menggembirakan hati mereka.
2) Zakat Harta jangan dilupa. Zakat salah satu cara membersihkan hati dari perasaan tamak dan haloba. Juga, menolong sesama muslim.
Yup, sayapun ada amalkan tips ini, dan setakat ini, Alhamdulillah. Rezeki kadang-kadang datang tanpa saya duga. Financially pun dah semakin baik. Contoh terdekat yang boleh saya berikan adalah saudara Jutawan Hartanah ini dan juga Denaihati yang mengamalkan prinsip Hidupkan Untuk memberi dan berkongsi pengalaman peribadi untuk i.e. tentang Bidang Hartanah. Semakin dia memberi, nampak tidakla dia semakin miskin, tapi nampak makin dimurahkan rezeki. Itulah hukum alam, pusing-pusing akan kembali semula. We give Rm100, but in future, who knows, we might receive more than that..
InsyaAllah, doa seorang ibu memang mujarab dan doa orang yang diberikan pertolongan tidak kurang juga. Gembitrakanlah hati seorang ibu dan sama-samalah membantu sama kita.
P/s : Semakin kita berdiri tinggi, jangan pula dilupa pada yang dibawah…

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

12 thoughts on “Tips Murah Rezeki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.