Pengalaman di Golden Palm Tree Resort, Sepang

Beberapa minggu lepas, eyriqazz menghadiri Teambuilding syarikat di Golden Palm Tree Resort, Sepang. Salah satu hotel/resort bertaraf 5 bintang. Ekslusif dan memang lain dari yang lain . Inilah pengalaman eyriqazz :
Suasana di bilik. 2 katil single. Sebilik dengan ofismate
Harga asal bilik ini lebih kurang RM800+. Selepas diskaun corporate dan goverment rate, dapatla lebih kurang RM400+. Fuhhh, giler-giler mahal kan? Mahal-mahal pun ,penuh juga time ni. Umm, kalau nak pergi sendiri, memang tak mampu.
Kemudahan televisyen dan Internet turut disediakan.
Laptop kena bawa sendiri laa..
Suasana malam. Jiwang-jiwang layan dari beranda,tengok bulan, tengok air, tengok awek mandi lupa tutup langsir (oppsss, tipuje…)
Bilik mandi.Kalau lupa tutup langsirnya, memang free show la gamaknya. Orang di sebelah sana boleh nampak..Hik3…
Suasana di pagi hari. Santai, tenang, sejuk mata memandang.Alangkah lebih indah kalau airnya kebiru-biruan bukannya warna coklat kekeruh-keruhan
Fuhh ,memang terasa kerileks kan nya
Swimming Pool. Mengadap pantai. Kelass gitu..
 Nak jalan kaki pun boleh, nak naik buggy yang disediakan boleh nak bergerak ke mana-mana
Cuba teka siapa yang berbaju merah tersenyum riang itu?
Memang best.Part airnya kureng best skitla.kalau lebih bersih dan kebiruan, mau taknak keluar bilik
Bilikku. Di atas air..
Lain daripada yang lain kan?
Kanak-kanak ribena di belakang eyriqazz. Hik3..
Overall, memang suatu pengalaman yang mengujakan. Once in a lifetime opportunity dapat menginap sini. Nak pergi sendiri, umm, sowwila, nak sama harga sewa rumah sekarang sebulan. Kata orang jauh perjalanan, luas pengalaman, tak gitu?
Lagi review tentang Hotel ini, bolehla check out entry ini dari SixthSeal : Golden Palm Tree Resort, Sepang

Anyway, Jika ingin menempah hotel di Selangor  saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

15 thoughts on “Pengalaman di Golden Palm Tree Resort, Sepang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.