Pakej Bersalin Di Ampang Puteri Specialist Hospital

Tidak jauh berbeza pakej bersalin di Ampang Puteri Specialist Hospital jika dibandingkan ketika Isteri bersalin tahun 2009. 4 orang sebilik RM2,050, 2 orang sebilik RM2,350 dan satu orang sebilik RM2,650 untuk 3 hari dua malam tidak termasuk sesetengah perkhidmatan. Last time, kami pilih yang 2 orang sebilik, pejabat hanya cover RM2,000, selebihnya kenalah bayar sendiri.

Hopefully, untuk anak kedua ni,dapatlah yang seorang sebilik. Selesa sedikit untuk menemani Isteri InsyaAllah tahun depan. Umm, pakej bersalin pun dah mengalahkan pakej honeymoon kan? Harga bilik pun mengalahkan bilik di hotel?.
P/s : Alisya nanti jadi doktor gigi ya? Senang papa nak pi buat rawatan pergigian. Hik3…

Comments

  1. ieda says

    pakej honeymoon dapat bilik dgn breakfast ja.
    pakej bersalin siap dapat tukang jaga,tukang rawat,tukang bagi ubat,tukang mandi baby & segala tukang…makan pun koman2 4 kali sehari,room servis lagi…mesti la mahal..hihi

  2. MamaYatie says

    time sakit keselesaan & layanan yg baik penting juga…duit boleh dicari…lagipun kalo mampu apa salahnya…nak plak kalo doktor & nurse tu perempuan, lebih afdhal gitu..

  3. says

    dulu bersalin anak first n second dok bilik sorang..selalu ada “tetamu” datang melawat tengah malam… pastu serik dah, bila anak no 3 , amik bilik berdua… so scary…tetamu itu suka datang melawat walaupun dah ada orang yang teman

  4. Em's Family says

    Salam eyriqazz,

    memang betul pun, sekarang ngalahkan bilik hotel harge sebilik, but anyway, tak salah kan untuk keselesaan kite juga.

    congrats

  5. says

    Salam. Saya kurang phm dgn tidak termasuk lain2 perkhidmatan tu la. Bole tak explain charge utk ape? Satu lagi pre natal for mother by o&g co sultant tu ape ye? Berapa saudara kene charge masa 1st baby aritu? Saya bercdg nak ke ampang puteri december ni utk deliver.

  6. says

    #hushsya : umm,saya nak explain details pun saya pun kurang faham juga….total charge utk wifey masa 1st time pregnant kami kena tambah dalam RM1,500..reason being wifey ambil epidural coz around rm1,100…

    Pre natal for mother tu rasanya kos sebelum bersalin…

    overall, kami puas hati untuk anak first aritu…selesa, dan layanan pun bagus..

  7. says

    Jauh jugak beza rate thn 2009 n 2011 kan.saudara ambil 2 bedded kan thn 2009.kalau thn 2011,rm2350, plus itu ini saya kira below rm3000 la kan?

    Saya mmg bercdg ke ampang puteri, hrp2 saya pn dpt layanan yg baik mcm wife saudara. Semoga sy dpt normal deliver nnt.

  8. says

    #hushsya:rasanya harga tidak berbeza tahun 2009 dan 2011 untuk pakej ini….

    Harap2 camtula..kami pun memilih APSH utk wifey bersalin tahun depan..Under dr. Fauziah..

  9. says

    Maaf nak tanya lg, saudara bercdg nak ambil
    Single bed ke thn dpn? Saudara nak bwk anak skali overnite kat ward? Saya bercdg nak bwk anak sulung saya jugak, tp 4bedded n 2bedded husband tak bole tunggu. Cuma yg jd kerisauan,harganya tu.. Adakah saya patut standby dlm 3-4k utk single bed tu? Maaf la bertanya byk, sbb saudara nyer blog adlh latest post psl amp puteri ni. So saya mmg betul2 mencari info bab ampg puteri ni

  10. says

    #hushsya : haah,begitula cadangnya…sebelum ni 2 bedded pun saya tidur di APSH…maybe this time ambil satu bedded,tapi anak sulung mb mak mertua/mak or pengasuh yang jaga…

    Yup,rasanya 3-4K kena standby kalau nak ambil 1 bedded…

    xper,saya faham perasaan saudari…Nak bersalin ,sudah pasti nak cari tempat yang terbaik kan?

  11. says

    Lagi satu soalan nak tanya, mother care after ibu deliver nurse akan buat ke? Mcm spongy ibu waktu pg,tukarkan maternity pad ibu. Baby ddk dgn ibu or baby room?kita bole request bila nak bf baby?

    smlm(21/11/11)saya dah Survey APSH tu, 4&2 bedded husband tak bole tunggu, hanya single room yg bole. Utk
    o&g consultant saya direkemen utk jupe dr marlik. Maybe saya akan akn survey bab doctor pulak.

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing