How I Made RM5,191.36 From Nuffnang


Entry saya sebelum INI banyak menerima respons dan komen dari pembaca. Ada yang teruja, ada yang berfikiran negatif, dan sebagainya. Ada juga yang bertanya, apa rahsianya?

Hari ini adalah birthday eyriqazz yang ke-29. So, sebagai hadiah buat pembaca, biarlah saya kongsikan rahsia dari pengalaman peribadi saya. Sebelum itu, sekali lagi ditekankan, ianya hanya berdasarkan pengalaman peribadi dan pembacaan. 

How I Made RM5,191.36 From Nuffnang? Rasanya better saya kongsikan jawapan berdasarkan perkongsian dari entry bloggers yang lebih berpengalaman di luar sana. 

5xmom/Chan Lilian – How To Make Money From Nuffnang

Enough said, tiada cara mudah untuk berjaya. Usaha tangga kejayaan. Pecahkan ruyung, dapatkan sagunya.


Saya banyak belajar dari blogger ini. Blogger yang banyak memberikan Inspirasi dan panduan untuk lebih berjaya. Entri ini juga telah berkali-kali saya baca. Memang betul kata-katanya. Antara rahsia yang dikongsi oleh Kak Red antaranya “Minat, Hits/trafik , Ingat Asal Usul/Jangan Mudah Lupa diri, Perbaiki Entry, Kesabaran, dedikasi dan jaga prestasi, berkongsi rezeki, PR, dan selebihnya bolehla baca entry di atas. Trust me, ianya akan memberikan lebih inspirasi.


Honestly, RM5K+ ini mostly datangnya dari Advertorial/Sponsored Post . Macam mana nak dapatkan Advertorial/Sponsored Post dari Nuffnang? Umm, saya tiada jawapan yang tepat berkenaannya, hanya Nuffnang dan Advertiser saja yang tahu jawapannya. Namun saya kongsikan entry dari rakan bloggers saya yang mungkin boleh dijadikan panduan bagi sesiapa yang bercita-cita dan ingin mendapatkan Advertorial ini :



Saya bersetuju dengan entry mereka. Yup, bukan mudah untuk mendapatkan Advertorial dari Nuffnang. Bukan Hits semata-mata yang menjadi daya tarikan. Gaya penulisan, komitmen, kesungguhan, relationship dan pelbagai lagi memainkan peranan juga. Yang penting, jangan mudah putus asa. Kalau ada rezeki, InsyaAllah,takkan ke mana. Tanya sajelah Kak Ina KL contohnya, berapa tahun dia berblog sebelum dia menerima Advertorial yang agak konsisten. 

Tips berblogging? Umm, banyak sumber di luar sana. Googlekan aja. Saya tersentuh untuk kongsikan entry ini. Cukup lengkap dan rasanya memang bagus untuk dijadikan panduan :

Bean Moreno –  Cara Berblog Dengan Betul
Honestly, takdela setiap bulan eyriqazz mendapat Income 4 angka sebulan. Kadang-kadang 3 angka aja. Tapi at least, memang dapat cash out setiap bulan. Alhamdulillah, rezeki berblogging/side Income yang boleh saya gunakan untuk masa hadapan.

Tepuk dada, tanya selera. Percayalah, Usaha tangga kejayaan. Pecahkan ruyung, dan dapatkan sagunya. Sesuatu yang kita mulakan dengan minat yang mendalam dan disusuli dengan usaha yang berterusan, InsyaAllah, akan ada hasilnya. 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

47 thoughts on “How I Made RM5,191.36 From Nuffnang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.