Happy Birthday Eyriqazz

14 November 2011, semakin terasa tua diri ini. Kalau Birthday orang lain, saya wishkan, apa salahnya wishkan kepada diri sendiri :


Happy 29th Birthday to Me

Semakin menganjak usia, semakin mematangkan hidup ini. Overall, kehidupan eyriqazz bolehla dikatakan gembira bersama Isteri, Alisya, dan seorang lagi permata hati bakal menyusul tahun depan. 


Terasa Macam baru je minggu lepas memenangi Merentas Desa Peringkat Sekolah Ini
Ohh, cepatnya masa berlalu.Pejam celik, pejam celik sudah 12 tahun berlalu


Terimakasih Mak kerana melahirkan saya di dunia ini. Kasih sayang yang tidak berbelah bagi
Jasa Seorang Ibu tidakkan mampu dibalas ,terlalu besar pengorbanan mu Ibu

Juga, Buat Arwah Ayah
Al-Fatihah, semoga ayah ditempatkan dengan orang-orang beriman

Syukur juga ke hadrat Illahi, bertemu jodoh dengan :


Isteriku yang Cantik Jelita dan dapat menerima kekurangan diri ini

Thanks Sayang menjadi teman hidupku. Jasamu seorang Isteri, Ibu, terlalu besar. Yup, disebalik kejayaan seorang lelaki, sudah pasti ada wanita dibelakangnya.Itulah dia Isteriku.


Anugerah yang tidak terhingga, Alisya permata hati kami

Thanks Allah atas Anugerah tidak ternilai ini. Sentiasa menceriakan hidup seisi keluarga. Kak Long jangan nakal-nakal ya? Alhamdulillah, seorang lagi bakal menyusul.Hopefully, dapatlah anak lelaki. Sepasang anak Papa nanti.

My Wish List dalam menempuhi hidup ini :

1) Semoga Berjaya Dunia Akhirat. Part Akhirat tu banyak yang perlu diperbaiki lagi. 

2) Mengembirakan Insan tersayang di sekelilingku especially Ibu, dan Keluarga.

3) Menjadi Seorang Suami dan Bapa yang terbaik. Semoga berjaya membesarkan anak-anak menjadi anak yang berjaya dalam menongkah arus kehidupan yang semakin mencabar ini.

4) Financially, semoga terus dimurahkan rezeki. My dream untuk memiliki rumah ketiga hingga ke 5 sebelum usia mencecah 35 tahun. Cut down my credit card, debt, dan menjadi pekerja yang terbaik. Dimurahkan rezeki dari side Income i.e. blogging, dan lain-lain.  Semoga tunjuk ajar Bro Ini akan merealisasikan impianku.

5)  All The Best in Future Endeavours..


Di entry ini juga, saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua especially readers blog ini. Hobi ini telah banyak memberikan kegembiraan buatku. Kawan-kawan, event mempesona, work life balance, dan pelbagai lagi.

Juga, sepuluh jari dipohon buat sesiapa yang yang pernah eyriqazz sakiti or buat salah, either terngumpat secara sengaja or tidak sengaja, depan-depan or belakang. Especially buat bro Je Jai, salah seorang rakan blogger ku. Maaf bro, hanyalah gurauan ya.

Yup, nobody perfect. Termasuklah saya sendiri. Tidak lari dari melakukan kesilapan. Bagi yang terngumpat or rasa bersalah/pernah buat salah kepada eyriqazz, saya maafkan anda. Yang lepas biarlah lepas, siapalah saya untuk menghukum. Yup,semakin membenci seseorang, semakin hati ini tidak tenang
Happy Birthday untuk diri sendiri
Berganjak usia mematangkan diri
Semoga berjaya dan kejayaan di masa hadapan saya idami
Di mana ada kemahuan, InsyaAllah dibukakan jalan dari Illahi.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

50 thoughts on “Happy Birthday Eyriqazz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.