Tangisan Seorang Anak Mencairkan Hati Seorang Bapa

Semalam kami shopping di Midvalley. Sebelum pulang :

Alisya menangis mahukan Mainan (gambar sekadar hiasan)
Tak pernah alisya merengek mahukan sesuatu sebegini. Sampaikan offer aiskrim tak mahu, bawa pi main games pun tak mahu, tetap mahukan mainan itu.Ala-ala puzzle :
Lebih kurang inilah dia
K-Hex Playset. Ada gambar Mia Sara Nasuha sebagai model
Bukan taknak belikan, tapi permainan ni nampak untuk 4 tahun ke atas. Alisya belum pandai nak main. Namun dek rengekan dan tangisannya, ianya mencairkan hati seorang bapa/saya. RM56 satu set mainan ini akhirnya kami belikan untuk Alisya. Bukan main suka lagi sampaikan dipegang taknak lepas. “Ini Alisya Punya, Don’t Touch”…. Hik3….Alisya,Alisya….
P/s : Teringat cakap mak masa eyriqazz baby. Arwah ayah selalu bawa pusing satu kampung dengan motosikal kerana asyik menangis waktu malam. Hargailah jasa kedua ibubapa anda .

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

17 thoughts on “Tangisan Seorang Anak Mencairkan Hati Seorang Bapa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.