Respekla Sama Lu Jiran


Semalam Jiran Eyriqazz kahwin. Berbangsa Cina. Dah lama membujang duduk sorang-sorang. Tak sangka pula tetiba kahwin. Tak jemput jiran sendiri pulak tu. Hik3, just kidding. Orangnya memang kaya, ada kereta Mercedes, kerja pun bestt…
Yang membuatkan eyriqazz respek sama dia adalah time dia buat Majlis Makan Kahwin.Simple je. Buat di Kondo eyriqazz tinggal di tepi2 balkoni tu. Sewa catering simple2, letak kerusi. Jemput saudara mara,rakan2 makan2.Gambar2pun ambil sendiri, takdelah nak tempat photographer mahal-mahal. Meriah tetap meriah, jemputan tetap ramai yang hadir.
For me, ini bukannya kedekut tapi berjimat. Nak buat apa buat majlis kahwin grand-grand tapi hutang kahwin anak dua tiga pun blom habis bayar? (tunjuk jari kat diri sendiri, walaupun majlis kahwin takdela grand,hutang kahwin sampai skang tak habis bayar).  Memang patut ditukar pepatah melayu ini “Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat“. Adat perkahwinan yang memberatkan pihak lelaki especially ( Ranjau Kewangan Seorang Lelaki Untuk Berkahwin) .Patutla semakin ramai yang melewatkan perkahwinan dan gejala buang anak, maksiat semakin berleluasa. Nak kahwin payah, tak tahan dengan godaan nafsu, banyakla perkara yang buruk terjadi.
P/s : Seronok dengar cerita Abang Ensem time dia nak kahwin n ranjau dia untuk berkahwin especially part kewangan, memang saya respek habisss..Umm, nak saya ceritakan ke? Abang Ensem, boleh cerita ke?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

13 thoughts on “Respekla Sama Lu Jiran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.