Naluri Seorang Ibu | Kisah Ketupat Sotong

Sejak Isteri mengandungni, memang saya mengidam nak makan ketupat sotong. Masa Balik Terengganu raya aritu pun ada mention kat mak, tapi tak sempat mak masakkan coz bukan musim sotong. Huk3, so di KL ni asyik teringat-ingat ketupat sotong.
Betullah kata orang, Naluri seorang ibu ini kuat. Masa adik saya balik Terengganu minggu lepas, Mak kirimkan Ketupat Sotong dan saya pergi ambil dekat Zoo Negara. On the way, adik nak pulang ke Putrajaya. 
Nyam2, gebu, besar, dan sedap
Tertunailah Hasrat di Hati..Wifey kurang suka sikit ketupat sotong ni, So, 3 saya habiskan
Jemput tengok…Hik3..
Fuhhh, serius sedap dan meleleh Air Liur..
Nak try masak sendiri,boleh la terjahi Resepi Ketupat Sotong ini. Hampir menitik airmata ini bila mengenangkan mak sanggup kirimkan ketupat sotong ini dan kirimkan kat adik. Huk3, Makk, Saya Sayang Makkk…
P/s : Yup, Syurga Itu di bawah tapak kaki ibu…

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

32 thoughts on “Naluri Seorang Ibu | Kisah Ketupat Sotong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.