MasterChef Malaysia Episod 1

Punyalah excited untuk menonton MasterChef Malaysia semalam. Sampaikan Live Terengganu vs Selangor Separuh Akhir pun saya abaikan. Umm, bestke MasterChef ini? Inilah pandangan peribadi saya tentang MasterChef Malaysia Episod 1 semalam :
Dari kanan, Ketua Chef : Chef Johari , Chef  Yahaya, Chef Priya

Ketiga-tiga Chef ini dari segi masakan memang mengkagumkan. Namun dari segi pengacaraan, pandangan peribadi agak mengecewakan. Chef Yahaya nampak gaya macam Ustaz Zul@pengacara Imam Muda. Ayat yang digunakan agat skema, bahasa baku dan macam follow the skrip. Tak nampak “Wow” factor dari segi pengacaraan. Apapun, ini baru episod 1 kan? Lagipun , lain padang lain belalang.

Cabaran Pertama Episod 1 :

Cabaran Memotong Bawang
Pisau Yang tajam penting bagi mengopek bawang
Ary Malik, antara peserta yang turut serta MasterChef Malaysia

Inikah mentaliti rakyat Malaysia? Berebut-rebut nak ambil bawang?
Takkan tak cukup satu forklift untuk semua peserta? Umm, bad Impression, Bad Impression


For me, rasanya Chef Yahaya agak kasar kepada peserta. Maybe dia nak tiru cara Chef Gordon Ramsay di MasterChef USA tapi nampak macam tak kena jer..Satu part yang saya tak suka :



Patutke bawang yang dipotong kurang elok dibuang di dalam tong sampah?
Rezeki tu dan still boleh guna…Kenapa dibuang dalam tong sampah?
Respectla Pakcik ni @ Wahidan Si Penoreh Getah dari Sabah
Peserta pertama yang lepas cabaran memotong bawang ini

10 Peserta yang tidak melepasi cabaran ini berentap untuk cabaran Memasak. Ingredient utama yang perlu digunakan adalah Udang. Hik3, teringat pula SemiFinal Blogger MasterChef Malaysia. Skill masakan peserta memang saya kagum, terror2 semua memasak . Chef Jemputan @ Chef Kenny @ Pelakon Baba dan Nyonya dijemput sebagai Juri Jemputan. 


Udang, Udang, Alisya Suka

Antara menu yang mendapat pujian tertinggi Chef adalah :


Udang Bersos Kari Nyonya Mangga

Udang Sinar Mentari

Nak tengok resepi mereka, bolehla tengok di sini : http://www.astro.com.my/masterchef/

Beberapa orang peserta disingkirkan di Episod 1 ini.
Overall, kalau diberikan rating untuk first episod ini, saya berikan 5/10. Waiting for soooo long tapi agak mengecewakan. Tak banyak “Wow faktor” yang saya nampak. Pengacara agak skema dan macam baca skrip, jantung tidak terasa berdegup kencang melihat peserta memasak,dan  suara latar agak mengantukkan .

2nd episod malam ini saya tetap akan tonton or rekodkan ajer dengan PVR sekiranya ianya masih seperti episod pertama. 

Apapun, itu hanyalah pandangan peribadi saya, anda yang menonton semalam macam mana pula? 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

16 thoughts on “MasterChef Malaysia Episod 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.