Laporan Terkini Pembentangan Bajet 2012

Laporan Terkini Pembentangan Bajet 2012
Laporan terkini/langsung Pembentangan Bajet 2012. Antara Ringkasan/Intipati Bajet 2012 adalah :
1) Antara tahun 2011-2020, kesemua program transformasi akan dilaksanakan di bawah Dasar Transformasi Nasional.
 
2) Kemasukan pelaburan asing di Msia adalah tertinggi di Asia. Dalam 6 bulan pertama 2011 ia telah mencapai RM21.2 bilion.  

3) KDNK bagi tempoh separuh pertama 2011 ialah 4.4%, didorong perkembangan ekonomi domestic yang kekal mantap.

4) Pendapatan Kerajaan Persekutuan bagi 2012 dianggar meningkat 1.9% kepada RM186.9 bilion. 
* Harap-harap harga minyak tak naik lagi lerr..

5) Tema #Bajet2012 ialah “Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”.
*Asyik2 ayat transformasi yang keluar, pengaruh Filem Transformerske?

6) Pada 2012, Kerajaan akan peruntuk RM978 juta utk merancakkan pembangunan di 5 wilayah koridor.
* Harap-harap digunakan sebaik-baiknya. Jangan jadi cam projek PKFZ pula nanti.

7)Pengecualian cukai pendapatan bg penerbitan & urusniaga sukuk bukan ringgit dilanjutkan lagi 3 tahun hingga 2014.
* Umm, tak pandailah nak invest dalam Sukuk ni…

8) Peneroka FELDA akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan
*Cepat-cepat pergi pinang anak peneroka felda. Maybe boleh dapat diskaun mas kahwin.

9) SME Revitalisation Fund berjumlah RM100juta akan menawarkan pinjaman mudah dgn maksimum RM1juta bagi peniaga dari Januari 2012.
* Saya bukan Ah Long, saya cuma nak tolong. Ehh, cam pernah dengar laa ayat nii…

10)Pengecualian sepenuhnya duti import & duti eksais bagi mengimport kereta hibrid & elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
* Kereta biasa takde pengecualian cukai ke? Baruje ingat nak angkat Kereta Honda.

11) Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkan dengan peruntukan pembangunan RM420juta.
* Harga hotel tak turun ke?

12) Msia Healthcare Travel Council akan diperbadankan utk bangunkan & promosi negara sbg destinasi utama penjagaan kesihatan.
* Umm,nampak gaya makin mahal la ‘charga hospital’ swasta nanti

13) Kadar cukai keuntungan hartanah (RPGT) akan dikaji semula agar tidak jejas golongan berpendapatan sederhana-rendah miliki rumah.
**Aiseh, baruje ingat nak menceburkan diri dalam bidang pelaburan hartanah.

14)Kerajaan peruntukkan RM100juta utk inovasi termasuk memperkenalkan Anugerah Cipta 1Msia (C1PTA) utk iktiraf rekacipta pelajar.

*Bagus-bagus.

15) Sektor pendidikan akan dapat RM50.2bln utk melahirkan tenaga kerja berbakat, kreatif & inovatif.
-Fuhh, makin banyak laa kursus wifey kena hadiri nanti..

16) Buat pertama kalinya, Krjn akan mansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah2 krjn.
– Bagus2.Patut dah lama dah laksanakan ini.

17) : Utk mantapkan modal insan sektor swasta, insentif akan diberi termasuk potongan dua kali ke atas pemberian biasiswa.
*Hopefully, biasiswa bukannya diberi kepada kroni-kroni saja.

18) Krjn akan panjangkan prgm bekalan air bersih kpd komuniti di Sabah dgn peruntukan RM50juta.
*Sarawak takde ke?

19) RM5bln adalah utk pembangunan infrastruktur asas luar bandar, termasuk RM1.8bln utk Jalan Luar Bandar & Jalan Perhubungan Desa.
* Open tender or close tender to Contractor?

20) Krjn akan peruntuk RM400juta utk naiktaraf infrastruktur bekalan air secara berperingkat di kws2 FELDA yg terpilih.
*FELDA lagi..Election dah dekat ke?

21) 600,000 pesara krjn akan dapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun

* Good news untuk bapa mertua saya

22) Mulai 2012, kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred
* Yeyyy….berita gembira untuk Isteri

23) The Government will extend the compulsory retirement age from 58 to 60 years old to optimise civil servants’ contribution.
*Perlu ke? Umm,makin ramaila yang mengganggur dan prestasi berkurangan.

24) Krjn akan tawar bantuan yuran pengajian kpd penjawat awam, termasuk 5,000 peluang ijazah sarjana & 500 kedoktoran falsafah.
* Ni consider loan ke?

25) Krjn kenang jasa polis khas &polis tambahan masa zaman darurat, akan beri RM3,000 kpd stp bekas anggota serta duda & balu mereka
* Bagus2

26) Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020 akan dilaksana & RM1.1bln akan diperuntukkan utk pembangunan sector pertanian.
*Semoga lebih ramai petani moden berjaya yang dapat dihasilkan.

27) Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan kpd RM400,000 drpd RM220,000.
** Umm, makin melambung tinggi laa harga naik nampaknya..


28) Krjn akan terus melaksanakan Prgm Perumahan Rakyat (PPP) di seluruh negara dgn membina 75,000 unit rumah mampu milik.
*Golongan sederhana camne pula?Nowadays, gaji RM4 ribu pun belum tentu mampu beli rumah especially di bandar.

29) RM63 juta untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai. RM40 juta utk baik pulih dan menyelenggara rumah kos rendah awam dan swasta
* Fuhh, RM50 ribu setiap rumah kos memulihkan?


30) Perkhidmatan kesihatan akan diperuntukkan RM15 bln utk perbelanjaan mengurus dan RM1.8bln utk pembangunan.
* Kos rawatan camne pula?


31) Skim Amanah Rakyat (SARA 1Msia) akan memanfaatkan 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.
-Umm, tak faham…


32)  Bg bantu pemilik teksi bajet persendirian hadapi kos operasi tinggi, akan dibantu termasuk pengecualian cukai pembelian teksi.


33) Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan akan memastikan setiap individu yg didakwa di mahkamah akan diberi bantuan guaman percuma.


34)  Peruntukan RM10juta akan disediakan utk melatih wanita professional utk kembali ke pasaran kerja


35) Kerajaan akan sediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV di seluruh negara untuk mengatasi kanser servik


36)  RM200juta akan disediakan utk melatih belia yg tlh meninggalkan sekolah melalui Prgm Strategik utk Belia 1Msia (SAY 1Msia)

37) RM15juta akan diperuntukkan utk bina gelanggang futsal agar matlamat “Satu Gelanggang Satu Mukim” dpt dicapai.

38)  Warga emas berumur 60 thn ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital & klinik kesihatan.

39) Bantuan sebanyak RM500 akan diberi kpd isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

40) Book voucher worth RM200 will be given to Malaysian students in all private and public institutions of higher learning

41) Kakitangan kerajaan akan dapat tambahan bonus setengah bulan gaji & bayaran bantuan RM500 kpd pesara krjn.* Yey, boleh “Paw” wifeyy…

42) Pencarum KWSP blh daftar awal giliralan ibadat Haji melalui penghadangan Akaun2 sebanyak RM1,300.

43) Ahli-ahli Parlimen Msia akan diberi elaun baru setelah jumlahnya dipersetujui nanti, bermula 1 Januari 2012
*Tak cukup lagi ke elaun? Or ini elaun bagi menghadapi pilihanraya akan datang?


* = Komen saya
Sumber : Utusan Malaysia 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

10 thoughts on “Laporan Terkini Pembentangan Bajet 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.