Isteri Mengidam Ikan Bakar Bagan Lalang

Papa, teringinla nak makan Ikan Bakar di Bagan Lalang. Jom pergi makan sana hari ini. Sayangkan Isteri, turut-turutkan, so weekend lepas , dalam pukul 6 petang lebih, gerak la ke Bagan Lalang, Sepang yang mengambil masa dalam 1.5-2 jam perjalanan dari Setapak.
Sampai-sampaije, diberikan meja yang sudah direservekan melalui telefon. Apa lagi, jom pilih seafood :

Ketam menjadi pilihan. Isteri mengidam nak makan ketam. 2 ekor ketam kami ambil
Ikan Kerapu? Umm,tak..Pilih Ikan Siakap untuk dibakar
Pekena Nasi lemaknya memang terangkat…Sedap juga
Nasi Lemak , RM2.00 sebungkus

Berselera Isteri dan Alisya makan nasi lemak


Ketam Masak Berempah , RM19 . Fuhh, serius sedap

Pepahat Masak Bercili, RM15.25. Nyam2, menyelerakan

Kangkung Goreng Belacan, RM3.50

Ikan Siakap Bakar, RM33.20 . Next time kena cuba ikan lain pula, Asyik siakap yang menjadi pilihan

Total termasuk Air dan Aiskrim Alisya = RM89.10

Action Speak for itself…Memang sedap. Saya kasi rating 8.5/10
Restoran Terapung HM Sri Bagan Lalang
Pantai Perkhemahan, Bagan Lalang
43950 Sungai Pelek, Sepang
No. Telefon : 03-3141 2895
Fuhh, tempat ni antara tempat Ikan Bakar yang paling sedap di KL/Selangor ni. Cuma apa yang saya perhatikan, harganya sudah naik jika dibandingkan masa first time singgah sini. Umm, semua mahu naik kan? Gaji je yang naik tak banyak mana….

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

30 thoughts on “Isteri Mengidam Ikan Bakar Bagan Lalang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.