Blog Pilihan Oktober 2011

Final day di bulan Oktober 2011, inilah blog Pilihan Eyriqazz untuk Bulan ini :



1) Kak Jie – Hidup Biar Sedap. Penulisannya memang santai dan menjadi terjahanku hari-hari. Banyak juga berkongsi tips yang menarik yang boleh dipraktikkan oleh bloggers. Sifu dan Seorang yang sangat berpengalaman dalam dunia blog. Kalau mahu belajar apa itu erti sebenar dan etika seorang blogger, blogger ini memang saya rekomenkan. 
P/s : Kak Jie, bila nak jemput ke rumah?

2) ZackZukhairi Realiti Konspirasi. Apa yang saya boleh katakan, penulisannya mampu menarik ratusan komen dan menggiurkan Sang Pria. Salah seorang blogger yang cukup berpengaruh. Tengok sajalah followernya, berpuluh2 ribu. Sayang, dah lama tak update namun saya tahu tentu ramai yang menanti-nanti entry terbarunya termasukla eyriqazz sendiri.


3) Marya Hana – Eyriqazz cukup kagum dengan gambar-gambar yang diambil di blognya. Membuatkan saya semakin teruja untuk turut memiliki DSLR. Perkongsian entry pun bersahaja, membuatkan santai membacanya.


P/s : Kalau eyriqazz nak beli DSLR, jenama apa yang Marya rekomenkan ya?

Hazman Fadzil @ http://hazmanfadzil.com

4) Hazman Fadzil  – Seorang blogger yang tengah mengumpul duit untuk meminang Lisa Surihani or Rozita Che Wan. Food blogger, melihat entry-entry dan gambar makanan di blognya cukup untuk membuatkan terliur dan terasa lapar. Juga salah seorang yang membuatkan hati saya makin teruja untuk memiliki DSLR.


P/s : Saya cadangkan bro tukar header, kasi lebih “Ummph” n nampak lebih menggiurkan…Alaaa,Je Jai sure terror redesign balik.

Lilianna Mardiana @ http://www.dangobunny.com/

5) Lilianna Mardiana  –Skema Itu Hot.Umm,memang hot orangnya. No wonderla Cimon@rakan seofis eyriqazz selalu terjah blog ini. Masa mula-mula singgah blog ini, mati-mati eyriqazz ingatkan Si Lilianna ini ada talian persaudaraan dengan Hanis Zalikha. Banyak berkongsi tips kecantikan dan “Beauty with The Brain”.


P/s : “Skema Itu Hot, Tak Skema Hot juga tak?

Comments

  1. Pacifista says

    haha…nak kena terjah ni.blog kak jie je yang saya selalu terjah selama ni.yang lain tak pernah lagi.apapun salam perkenalan untuk semua :)

  2. says

    memang terbaiklah blogger pilihan bro.. bila giliran aye yang tak semenggah ni jadi pilihan bro agaknya yer..hik3 hidung tak mancung pipi tersorong2..pulak…

  3. says

    Assalamualaikum

    Terimakasih sangat-sangat dan minta maaf juga kerana Kak Jie makin kurang mengupdate blog.

    Dalam minggu ada banyak urusan luar talian dan esok dah nak mula ke luar daerah selama seminggu.

    Update live blogging secara ringkas saja.

  4. Marya Hana says

    haha. bro, DSLR sekarang mcm2 model dah keluar. susah jugak nak cadangkan yang mana satu best.

    saya punya pon DSLR model lama.
    tuntutan subjek ..

    😀

    thanks a lot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing