Bajet 2012|Harga Rokok naik Lagi?


Hari ini Pembentangan Bajet 2012 akan dibentangkan di Parlimen. Adakah harga rokok akan naik lagi? Semestinya ini yang tidak dinanti-nantikan oleh perokok tegar especially. Terdetik untuk menulis pasal rokok ini apabila membaca komen dari entry saya sebelum ini :
AsyrafFile said…

Aku nak harga rokok di naikkan kerana bapa saya selalu mencuri mancis untuk merokok. Emak saya mencari mancis dan meyebabkan kami tidakdapat makan malam… Sadis
Situasi 2 : Kami sempat menyinggah di rumah Mak Saudara Isteri semalam. Anak lelaki dan 2 orang cucunya tinggal sekali. Seorang cucunya berumur 7 tahun dan seorang lagi 5 tahun. Anak lelaki nya memang perokok tegar. Si cucunya tidak sukakan ayah mereka merokok siap ditampal poster bahaya merokok dan akan dibuang kotak rokok jika mereka menjumpainya. Apakan daya, mungkin penangan rokok terlalu sukar untuk dilepaskan, usaha anak tidak berjaya mencapai objektifnya.

Ummm,to be honest, sayapun mengharapkan agar harga rokok dinaikkan. Kalau boleh tahun ini dinaikkan semaksima mungkin. Why? Of course rokok itu membahayakan kesihatan dan juga orang tersayang. Umm, tak sayang anak bini ke? Kata pepatah, beringat sebelum kena. Dah terkena, sudah terlambat untuk mengubahnya. 
Yup, arwah ayah saya seorang perokok dan kesannya memang mendalam. Both adik lelaki saya pun perokok. Entahla, for me, rokok ini hanyalah kepuasan sementara, deritanya yang lama.
Semoga harga rokok naik di Pembentangan Bajet 2011 tahun ini. Keburukan lebih banyak dari kebaikan….

P/s : Apa kata anda? Patutkah harga rokok dinaikkan sempena bajet 2012 ini?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

16 thoughts on “Bajet 2012|Harga Rokok naik Lagi?

Leave a Reply to Rai Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.