Bajet 2012|Golongan “Middle Income” Dipinggirkan?

Bajet 2012, Pandangan Peribadi saya, golongan “middle income” /pertengahan macam kami terasa seakan dipinggirkan walhal golongan middle income la penyumbang tertinggi untuk Income Tax dah pelbagai lagi tax yang dikenakan secara langsung or tidak seperti tol, cukai pintu, service tax,cukai jalan, dan pelbagai lagi.

Cheers All Around – The Star Semalam..Umm, really?

Pandangan salah seorang pembaca : I Think the Middle Class has been left out in this budget. Indeed, so true..

Yang kaya makin kaya, yang miskin kekal miskin, yang sederhana bertambah miskin

Let’s see apa yang middle Income dapat untuk bajet 2012 kali ini :

1) Caruman KWSP untuk majikan dinaikkan dari 12% kepada 13%.
– Takde impact mana, only on long term. Plus, kenaikan inflasi tahunan sudah melebihi dari kenaikan caruman kwsp ini.

2) Mulai 2012, kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred
– Bagus untuk Isteri. Tapi, how about pekerja swasta? Kos sara hidup semakin meningkat naik. Adakah nasib pekerja swasta akan dibela?

3) The Government will extend the compulsory retirement age from 58 to 60 years old to optimise civil servants’ contribution.
– Rasanya it’s not a good move..Adakah prestasi akan meningkat? 

4) Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan kpd RM400,000 drpd RM220,000. ( gaji bawah RM3,000, boleh dikatakan golongan miskin)
– Rasanya yang gaji RM3,500 pun belum tentu layak approve loan RM300K pluss…

Anything else? Rasa macam tak banyak benefit untuk “Middle Income” yang menjadi antara penyumbang terbanyak untuk tax dan hasil di negara ini. Namun, still terasa dipinggirkan..

Plus, what to expect in 2012? Ini prediction saya:

1) Ekonomi dunia merudum.Effect Malaysia too….Inflasi melebihi kenaikan gaji.semakin tersepit.
2) Harga barang akan semakin meningkat. Tol naik, minyak naik, harga barangan keperluan naik, apa yang tak naik ya?
3) Harga rumah semakin meningkat. Semakin ramai yang tidak mampu memiliki rumah. Sekalipun bubble, yang untung masih yang kaya yang mampu rembat banyak rumah.

4) GST tax bakal diperkenalkan. Fuhh, bertambah2 tax dikenakan… Gaji yang diperolehi just enough to pay the bill…Kredit kad akan menjadi seperti keperluan. Bilangan yang muflis dan bermasalah hutang akan lebih ramai..Ah Long semakin berleluasa…Krisis-krisis..
5) Jurang antara yang kaya dan miskin semakin besar. Adakah Malaysia akan jadi seperti Indonesia?

6) Masalah sosial. Kecurian, pecah rumah akan semakin berleluasa bila keadaan sudah terdesak. Election coming soon, Whoever win, kepentingan peribadi “Diutamakan”…

Time sebegini, terasa untuk mengundi kali pertama. Tapi, nak undi Siapa ya? Cam both samaje…. kredit video here 

P/s : Apa pula pandangan anda?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

29 thoughts on “Bajet 2012|Golongan “Middle Income” Dipinggirkan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.