Trafik Mencanak di Musim Raya

Trafik Mencanak di Musim Raya. Biar betik? Bukan di musim raya sebegini trafik makin merudum ke? Umm, tak,tak,eyriqazz tak maksudkan trafik blog, tapi trafik di jalanraya. Ini pengalaman pulang dari Wakaf Bharu ke KL semalam. Bertolak dari Wakaf Bharu pukul 3 petang :
 

Trafik memang mencanak/Sesak
 
Bayangkan, dari Wakaf Bharu perjalanan 3 jam setengah baru bergerak dalam 70 kilometer. Memang lenguh kaki ini menekan brek. Sangkakan ramai yang pulang ke KL hari Ahad, rupanya hari Sabtu pun tak kurang ramainya. Jem gilerr.

Jalan Sempit. Ramai juga pemandu yang kurang berhemah memotong di Lorong kecemasan dan memotong secara merbahaya

Jalan Kuala Krai. 9km/j . Umm, pukul brapa nak sampai KL ni?

Ditambah dengan hujan pula

Lagi frust. Dahla stesen minyak jauh-jauh antara satu sama lain. Sampai-sampai nak ke toilet Takde Air pula?

Nasib baik ada Petronas. Ble Berehat Sebentar/Coffee Break. Coffeenya memang sedap
Ni di R&R Gua Musang

Penuh sesak

Jalan dari Gua Musang ke KL. Jalan sempit, tiada lampu, sesak
 
Ini kali kedua saya pulang dari Kelantan ke KL. Fuhh,tak patutla kerajaan persekutuan menidakkan hak rakyat kelantan. Sepatutnya dibina lebuhraya bagi memudahkan pengguna. Jangan kerana politik, hak pengguna diabaikan. Saya kagum dengan rakyat Kelantan, kemudahan jalan raya yang diabaikan namun mereka masih mampu tersenyum dan bersabar. Ohh,I Hate Politics…
Singgah lagi di Petronas. Sesakk…
 
Cuba teka berapa jam sampai rumah? Nasib baik adik ipar yang bawak lepas 4 jam eyriqazz drive. Sampai rumah pukul 3.30 pagi, iaitu lebih kurang 12 jam setengah perjalanan. Kalau eyriqazz bawa seorang, mahu dalam 14 jam lebih baru sampai kot.
 
Fuhh, memang penat dan agak serik juga drive balik kampung dari Kelantan ke KL ni. Trafik penuh sesak, jalan yang gelap dan sempit, pemandu yang tidak bertanggungjawab, dan pelbagai lagi. 
 
Buat yang pulang harini, berhati-hati di jalanraya. Ingatlah orang tersayang.

Anyway, Jika ingin menempah hotel di Malaysia saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

12 thoughts on “Trafik Mencanak di Musim Raya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.