Restoran Wong Solo, Shah Alam

Restoran Wong Solo, Shah Alam. Memang banyak kali sudah kudengari dari rakan-rakan, bloggers akan Ayam Penyet nya yang sedap. So, last week kami terjahila Restoran Wong Solo,Shah Alam ini. Special thanks buat Sumijelly (masih mamai bangun tidur tu,hik3) yang memberikan jalan yang salah dan KancilBiru yang menunjukkan jalan yang betul.

Ayam Penyet…Memang kebaboom..Like it…Kelainan tersendiri jika dibandingkan dengan ayam penyet lain yang pernah kami terjahi. Hargapun berpatutan

Ayam Panggang untuk Isteri. Boleh tahan juga katanya
Ikan Siakap Bakar . RM19.90…Sedap juga…Syoookk
Pekena ngan Jus Mangga. Yup, one of the best Air Buah Mangga yang pernah saya rasa
Suasana pun Santai.Kami pilih seat duduk bersila. Barula nampak ala-ala kampung skit kan?
Tempat bersih. Selesa..Pelayan siap pakai songkok etc lagi..
Overall, saya kasi rating 8.5/10. Indah khabar, Indah rupa. Kena dengan selera saya. 
Alamat Restoran Wong Solo, Shah Alam :
No. 8G & 10G, Jalan Plumbum P7/P
Pusat Komersial, Seksyen 7
40000 Shah Alam,Selangor
No. telefon : 03-55111835
Dibuka Isnin-Ahad : 11pagi-11 malam
Lokasi Restoran Wong Solo ini tidak jauh dari rumah AbangEnsem, I-City Shah Alam dan Uitm Shah Alam. Selain itu, restoran itu turut ada cawangan di Bangi, Ampang, dan Kampung Bharu. Well, memang kelainan dirasai ayam penyet di sini….
Tryla sendiri dan nilaikan ia…..
Lokasi lain bolehla perbesarkan gambar ini
P/s : Amcam, pernah terjah Restoran Wong Solo? Apa pandangan anda? Sedaptak?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

25 thoughts on “Restoran Wong Solo, Shah Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.