Majlis Berbuka Puasa Bersama Mamee dan Rumah Amal Permata Hatiku

Bulan lepas, 25 August 2011 saya dan keluarga telah dijemput ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Mamee dan Rumah Amal Permata Hatiku. Lokasinya yang tidak jauh dari rumah eyriqazz :

Rumah Amal Permata Hatiku
No. 413, Lorong Haji Idris, Batu 4 1/2,
Jalan Gombak ,53000 Kuala Lumpur

Official Website : http://www.raudhatulikhwani.org.my/?page_id=51


Rumah Amal ini menempatkan anak-anak yatim dan yang kurang bernasib baik. Sempat saya bertanya kepada beberapa orang anak-anak di sini, ada yang ibu bapa kerja kilang, dan gaji/pendapatan di paras kemiskinan. 
Anak-anak Sabar menanti waktu berbuka puasa
Terpancar keriangan di anak-anak ini waktu berbuka puasa

Juadah Berbuka Puasa hari itu telah disponsor Oleh Mamee Double Decker Group . Mamee turut sponsorkan barangan Mamee untuk anak-anak i.e. Mamee Monster(kegemaran Alisya), Corntoz dan pelbagai lagi.



Seronok melihat wajah gembira anak-anak ini

Memang suatu kelainan bila berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan kurang bernasib baik ini. Yup,sayapun dari keluarga yang susah dan saya rasa saya boleh faham perasaan mereka bila dijamu berbuka puasa dengan makanan yang enak-enak yang bukan menjadi hidangan mereka setiap hari.


Alisya pun bukan main gembira berjumpa dengan kakak-kakak di Rumah Permata Hatiku ini

Pelbagai Juadah disediakan, diservekan sendiri oleh Staff Mamee. Juadahnya memang sedap especially Mee Goreng dan Nasi berlauknya
Kaum Wanita makan di dalam rumah, Alisya dan Isteri join sekali

Special appearance di malam itu, kemunculan :



Maskot Mamee Monster. Meriah
Bergambar bersama

Selain sponsorkan berbuka puasa, Mamee turut :



Duit raya+Goody Bag turut diberikan kepada setiap anak-anak di Rumah Amal Permata hatiku ini
Terpancar kegembiraan di wajah mereka
Alisya pun turut dapat duit raya dan Goody Bag dari Mamee. Thanks Mamee

Produk Mamee memang ada Sijil Halal. Bolehla terjahi Laman Web Jakim dan taip “PACIFIC FOOD PRODUCTS SDN BHD” atau Kilang Makanan Mamee. Daripada situ bolehla tengok full list produk-produk Mamee yang diiktiraf halal oleh JAKIM. Tiada lagi keraguan tentang status halalnya kerana ianya telah diiktiraf oleh institusi yang diyakini.

Eyriqazz Sekeluarga bersama Maskot Mamee Monster

Bergambar kenangan ramai-ramai

Bergambar bersama Staff Mamee


Once again ,terimakasih Mamee. Satu inisiatif yang bagus sempena Bulan Ramadhan yang mulia . Corporate Social Responsibility tidak dilupakan. Tidak kiralah apapun agama, bangsa, dan usia, sikap tolong menolong sesama kita patut diterapkan.


Memang tersentuh hati saya especially bila bercakap dengan anak-anak di sini. Yup, Rumah Amal Permata Hatiku ini bernafas dengan sumbangan dari pihak luar. Tanpa sumbangan, semakin sukarlah anak-anak ini meneruskan perjalanan hidup mereka. Penerapan pembelajaran bukan sahaja dari sudut materialnya sahaja tetapi yang penting terbela dari sudut pendidikan agama dan insaniahnya. 

 Miskin harta tidak mengapa, tapi jangan miskin idea dan jiwa. Miskin idea buntu di dalam kehidupan. Miskin jiwa mudah kecewa dan derita akhirnya putus asa yang sangat berdosa ” – Credit Here

Jadi, sama-samalah kita membantu dan menghulurkan sumbangan. Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan sama kepada Rumah Amal Hatiku, sumbangan bolehla dibuat melalui :


Akaun Maybank : PENGURUSAN PERMATA HATIKU ( 564221623120)

“Sharing Is Caring, Percayalah, Sumbangan Ikhlas Anda, InsyaAllah, lebih murah rezeki anda di masa hadapan “

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

14 thoughts on “Majlis Berbuka Puasa Bersama Mamee dan Rumah Amal Permata Hatiku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.