Kenapa Contest yang Dianjurkan Kurang Mendapat Sambutan?

Eyriqazz, kenapa Contest yang aku anjurkan kurang mendapat sambutan? Hadiah tak menarik ke? . Itu antara soalan yang pernah ditanya oleh a few bloggers kepada eyriqazz. Umm, kali ini ingin berkongsi dari pengalaman peribadi Kenapa Contest yang dianjurkan kurang mendapat sambutan berdasarkan pengalaman join lebih dari 30+ Contest dan anjurkan lebih dari 20+ Contest di Eyriqazz.Com .

Antara Sebab Contest Yang Dianjurkan Kurang Mendapat Sambutan adalah :

1) Tema/Tajuk Contest yang dipilih
– Ini memainkan peranan. Apakah tema/tajuk Contest yang dipilih. I.e. bercorak gambar ke, voting ke, perbincangan, etc…
2) Syarat-Syarat yang dikenakan untuk Join Contest
– Umm, agak-agak selesa ke kalau contest yang dianjurkan menetapkan banyak syarat i.e. Sila Jadi Follower Blog Saya. Pastu Follow twitter saya,facebook saya, e-mail saya, follow semua FB,twitter,e-mail penganjur contest saya. Pastu sila tekan 5 bintang, retweet entry saya sebanyak 20 kali, spamkan permalink Contest saya ini sebanyak mungkin di FB rakan-rakan. Nahh, saya rasa anda faham apa yang saya maksudkan, kan? Lagi simple/mudah syarat yang dikenakan, lagi berselera untuk orang join Contest anda. Tak gitu?
3) Hadiah yang ditawarkan
– Bak kata Abang Ensem, Hadiah Kena Menarik, Baru Ramai Yang Nak masuk. Pandangan peribadi, antara hadiah yang best of course laa Cash Prize dan Cool gadget seperti yang selalu dianjurkan oleh Nuffnang dan Denaihati. Kata orang, the more, the merrier.
4) Jumlah Pemenang
– Ini faktor penting juga. Kalau hadiah best contohnya RM1,000 Cash tapi untuk seorang pemenang. Mati-mati saya takkan join. Yerla, chances nak menang tu dah tipis. Mana lagi suka, satu hadiah bernilai RM100 ataupun 5 hadiah bernilai RM100?Surela saya akan join yang 2nd walaupun hadiahnya mungkin RM20 je…
5) Promosi, Promosi,Promosi
– Buat Contest kenalah rajin promosikan Contest itu. Kalau hits blog kita suam-suam kuku i.e. cam eyriqazz ni dan mengharapkan readers je join COntest, payahlah. Timenila kena gunakan network yang ada. Minta rakan-rakan bloggers join sekali dan tolong promosikan. Contoh mudah, MySelangor Story 2011, Contest best, Hadiah menarik, Kebaboom.Perfectooo.. Tapi kenapa tak sampai 40 orang je yang join walhal Tourism Selangor cukup besar juga network dan namanya? Pandangan saya, of course la promosi yang dijalankan kurang berkesan. That’s y tak ramai yang join.
6)Tunaikan Janji
– Ini saya dah sentuh kat entry Kenapa Saya Semakin Jarang Join Blogging Contest . Memang hangin satu badan woo bila join contest tiba-tiba hadiah tak diterima ataupun hadiah tiba-tiba cancel. Ingat senang nak nak perah otak nak kasi entry yang terbaik join Contest? Satu lagi kalau hadiah lambatpun nak diberi, at least informla, i.e. Sorry ya, hadiah lambat skit pos.InsyaAllah by….. People suka ayat sorry kan? . So, fikir-fikirkan la…
7) Jangan Pilih Kasih Pemenang
– Alamak, Kak Ina KL baiklah ngan saya. Baik saya pilih dia sebagai pemenang. Big No!!!. Jangan pilih bulu, pilih kasih untuk contest yang dianjurkan. Bila orang tahu anda pilih bulu, lepastu orang dah kurang berselera nak join Contest anda di masa hadapan. Judgement call kadang-kadang memang tak boleh dielakkan tapi biarla ianya justfy.Sebabtu Contest eyriqazz, kawan or lawan, yang terbaik bagi eyriqazz tetap eyriqazz pilih.
Bila pemenang tu query kenapa dia tak terpilih/menang, bagilah jawapan yang boleh diterima dan explain baik2. Agak-agak kalau kasi jawapan camni peserta yang join tu merajuk tak ? ” Sedarlah Diri Skit Kenapa Tak Menang/Layak,Memang Anda Tak Layak Pun’. Umm, A Big Question Markk??
8)Give and Take
– Rajin2kan join contest orang lain anjurkan. InsyaAllah, mereka pun lebih berselera untuk join Contest anda..Before menerima, kenalah memberi dulu kan?
Like myself, now akan memilih untuk join Contest. Menang kalah belakang kira. Tapi kalau dari awal-awal kita dah tau something wrong with that contest, better elakkan, kan?

Anything to add?

P/s : Di jemput join My Current Running Contest : Spa Voucher Give Away dan Contest Design Banner Eyriqazz.Com

Klik Like kalau suka entry ini…

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

13 thoughts on “Kenapa Contest yang Dianjurkan Kurang Mendapat Sambutan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.