Cabaran Anak Merdeka

Itulah Tema Hari Kemerdekaan Yang Ke 54 Tahun Ini

Adakah Benar Seperti dikata
Cabaran Anak Malaysia semakin mencabar untuk diharungi

54 Tahun Negaraku Merdeka
Rakyat Hidup Aman Sejahtera
Anak Merdeka, Adakah Hanya Pada Nama?
Lagu Negaraku dinyanyikan adakah kita berhenti untuk menghormatinya?
Tepuk Dada, Tanya Selera
Kalau di Thailand, tidak berhenti sudah tentu ditegur dan dimarahi rakyatnya

Cabaran Anak Merdeka Semakin Menduga
Kos Sara Hidup Semakin Meningkat Sini dan Sana
Terbaru Cukai 6% Ke Atas Pengguna Prepaid dan Sim Card dikenakan pula
Inikah sebagai Hadiah Sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia yang bakal disambut di Dataran Merdeka?
Jika dibiarkan semakin berleluasa
Anak Merdeka mungkin bangkit menuntut hak mereka
Tengok saja pada Mesir rakyat menuntut bela
Bila terjadi sudah terlambat untuk mengubahnya

Anak Merdeka pemangkin masa depan negara
Bersama-sama kita berusaha
Demi masa depan yang lebih gemilang kita bekerjasama
Tolak tepi pegangan politik yang tidak akan habis sampai bila-bila

Agar Sama-sama dapat merasa
Susah Senang dinikmati bersama
Anak Merdeka, Kita mampu mengubahnya

Cuba Pula kita menepati masa
Tak malukah bila dikata “Janji Melayu” tidak menepati masa?
Adakah melayu akan terus layu dengan pengedaran masa
Ayuhlah kita bangkit, merdekakan jiwa dan minda kita

Cabaran Anak Merdeka diharungi bersama
Semoga Berjaya, Semoga Yang Terbaik Buat Semua
Kemerdekaan ada banyak makna 
Tepuk Dada, Tanya Selera

Cabaran Malaysia #Merdeka54 dianjurkan oleh Blog Denaihati dengan kerjasama eQurban.com

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

4 thoughts on “Cabaran Anak Merdeka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.