Anjur Contest, Hadiah Menarik, Rupa-Rupanya….Liar!Liar! Pants On Fire!

Bengang, Sedih, Kecewa, Rasa Ditipu itulah yang saya rasakan . Beberapa bulan yang lepas, eyriqazz joini Post-Event Blogging Contest yang dianjurkan oleh …………  yang menawarkan hadiah yang cukup menarik iaitu :
Pakej Percutian 3 hari 2 malam di Hotel yang cukup ternama
Kadar rate semalam di sini lebih kurang RM700+
Memang cukup teruja. Saya spend almost 2 jam untuk menyiapkan entry itu. Umm, tipulah kan kalau join Contest tidak menaruh harapan untuk menang? Hadiah lumayan pulak tu. Memang menaruh harapan yang tinggi, pulak tu hadiah ada 3, adalah chance tinggi skit untuk menang. Boleh bawa Isteri bercuti.
Nanti punya nanti. Tweet punya tweet. Mula-mula organizer kata keputusan akan diumumkan soon. Oh ya ,sebelum tu, meh tengok komen organizer pasal entry saya tu (korang carila sendiri entry mana) :
”Kami ucapkan Selamat berjaya kepada anda untuk memenangi hadiah pakej cuti percuma untuk 2 orang di XXX yang serba canggun! 🙂 “
Beberapa hari yang lepas, saya tweet lagi ke Organizer. Dah umum ke pemenang? For me, menang kalah adat pertandingan, saya boleh terima kekalahan tapi bila dengar jawapan balas organizer, cukup hampa . Inilah balasannya :
“fyi due to undisclosed reason the sponsor, XXX has backed out. Thank you for you patience, and sorry for the inconvenient.”
Memang saya angin, saya balas tweet itu dan CC kan kembali ke sponsor itu. Umm, dapat DM pula :
“Salam. Sorry to inform you, but have to ask your kindness to remove the comment posted with the tag to XXX please? Thank you. Please be advise the case between us & XXX are complicated we can’t disclose details. Your tweet will get us in trouble”.
Umm, curious…Siapa yang bersalah sebenarnya? Sponsor or Organizer? Entahla…Apapun, saya removekan juga tweet saya itu.
Event XXX has backed out ni pun tidak diannouncekan di Official website & Facebooknya. Agak-agak peserta yang lain tau tak ya yang hadiah telah ditarik balik dan tiada pemenang. Tiada hadiah lain yang bakal digantikan.

Umm, ini bukan kali pertama saya ditipu bila join Contest. Tapi memang saya tak expect yang ni coz organizer dan Sponsornya cukup ternama. Kalau sebut ramai yang kenal. Dulu pernah kena tipu menang Contest dari VShub hadiah tak sampai-sampai. Samalah juga kes menang contest dari some blogger yang anjurkan. Kalau setakat hadiah lambat sampai tu, still boleh terima. Tapi bila langsung dibatalkan dan tidak diganti dengan hadiah lain, of course laa kecewa kan?
That’s why sekarang ni saya lebih suka join Contest yang diyakini organizernya seperti Nuffnang dan Denaihati.
Oh ya, sebut pasal contest ni, kemaafan dipinta buat pemenang Contest Duit Syilling dan Fridge Magnet coz hadiah belum sempat diposkan lagi. Juga buat Nur yang entrynya belum dipublishkan di sini lagi. Kepada yang lain yang pernah menang contest dari eyriqazz.com tapi masih belum mendapatnya, kasitau la ya? Saya manusia biasa, mungkin terlupa/tertinggal.
Moral of the story, berhati-hatilah dalam join Contest Online. Memang bengang kan bila penat-penat kita buat entry, tup-tup, Indah Khabar dari Rupa. Janji tidak dikota.Mungkin sekadar trafik yang ditagihkan dari kita. Cara cepat mahu berjaya? Umm, tak ke mana guna cara sebegini. Lambat laun terbongkar juga…..

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

29 thoughts on “Anjur Contest, Hadiah Menarik, Rupa-Rupanya….Liar!Liar! Pants On Fire!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.