2 Tahun Bersama Nuffnang


I Love Nuffnang (Credit Picture to My-Alia )

Bulan ini genaplah 2 tahun bersama Nuffnang. Juga genaplah 2 tahun saya aktif berblog. Lambat pula entry tahun ini jika dibandingkan dengan tahun lepas [ My 1st Anniversary with Nuffnang ] . 2 tahun bersama Nuffnang telah banyak mematangkan saya tentang dunia blog ini. Well, saya masih merasakan I’m a beginner di dunia blogging ni…. 

Random things about me/Nuffnang selama 2 tahun ini :


1) Persahabatan yang dibina

Persahabatan yang dibina especially melalui Events bersama Nuffnang memang tiada tolok gantinya. Walaupun tahun ini, agak sepi sedikit events Nuffnang, namun keakraban/persahabatan tetap terjalin. Sehinggalah, tertubuhnya secara rasmi :


Setakat ini, ada 18 rakan bloggers yang diketuai oleh Kak Ina KL. Most of us adalah rakan-rakan bloggers yang selalu berjumpa di events Nuffnang, sukakan events, dan Nuffnangers. 

2) Events yang Mempesona

One of the main reason I really love/like Nuffnang adalah kerana eventsnya yang memang best…. Cam tahun ini dapat VIP treatment tengok Sesi Latihan Chelsea . 


Memang speechless, terharu, dan gembira. I know, I know, I’m not a popular blogger, rupa pun takde,badan tak berketak2,1 pax saje yang ada, misai kata Je Jai boleh buat tanglung. Bila terpilih, ianya suatu yang amat menggembirakan….

Oh, saya calonkan Kak Ina KL sebagai Nuffnang Featured Blogger untuk bulan-bulan mendatang. Memang sukar dicari blogger sepertinya.

4) Hadiah Contest

IPAD 2, Pakej Percutian Honeymoon ke Kota Kinabalu di Hotel 4 Bintang, LG HD TV,Handphone antara hadiah yang pernah saya menangi bersama Contest dari Nuffnang. Thanks a lot, seronokkk…tak sangka dapat berpeluang memenangi pelbagai hadiah.



Tipu la kan kalau tak teruja terima Advertorial dari Nuffnang. Umm, bukan mudah nak dapat advertorial, dan bukan mudah juga untuk menghasilkan entry Advertorial yang digemari pembaca dan juga Advertiser. Komitmen yang tinggi juga diperlukan. Kreativiti. Cubalah tanya bloggers yang pernah mendapatnya, easy said than done…Itulah yang boleh saya katakan.

6) Staff Nuffnang yang Peramah

Hello, can i speak to Eyriqazz? Hik3….Staff Nuffnang yang peramah dan mesra bloggers membuatkan saya terus gembira bersama Nuffnang. Yup, sayani pemalu orangnya, sikap ramah staff Nuffnang membuatkan saya berasa selesa. Ohh, Robb Chew antara ex-Nuffies yang memang mesra dan ramah . 


Hik3, “Thara said : Nak kene lesingggg niii! . Hik3, tengok tu, nampak Nuffnang masih sayangkan saya, Thara @ Staff Nuffnang yang menjadi pengomen pertama di entry itu. Manakan mungkin semudah itu saya meninggalkan Nuffnang yang telah banyak memberikan kegembiraan kepada saya. Ohh Thara, get well soon.. We all really Miss U, Mrs Thara Yang Hot

8) Sandiwara Dunia Blog

Melalui event dan berblogging bersama Nuffnang, hik3, memang diakui banyak sandiwara dalam dunia blog ini. Depan pijak semut pun tak mati, belakang mati-mati tikam , menipu untuk kepentingan peribadi, Kacang Lupakan Kulit, dan etc, adalah perkara biasa. For me, terpulanglah kepada diri sendiri, kepopularan berblog etc tidak ke mana, bukannya artis kan? Roda ini pun bulat, tak selama-lamanya kita akan berada di atas kan?

9) Income Blogging

Tipulah kan , kalau tak gembira dapat wang? Especially kalau dapat duit/Income dari sesuatu yang kita minat… Thanks Nuffnang, Income Nuffnang sedikit sebanyak telah banyak membantu saya especially dalam menunaikan hasrat Si Isteri on Her Special Occasion i.e. Birthday, Anniversary, etc… 


10) There Are Something Money Can’t Buy

Kegembiraan saya bersama Nuffnang bukannya boleh diukur dengan wang ringgit.Tepuk dada, tanya selera… Mungkin citarasa masing-masing berbeza, namun kalau sudah sukakan ia dan ianya menepati citarasa anda, itulah yang sebaiknya kan? For me, Itulah Kesimpulan saya 2 tahun bersama Nuffnang, banyak kelebihan bersamanya yang sukar say perolehi selama ini…. 

Panjang pula entry kali ini, hik3…ini untuk eyriqazz baca seorang diri di malam hari…Nasihat saya buat bloggers di luar sana, “Tepuk Dada, Tanya Selera”. Sejauh mana kita pergi, Ingatlah Asal Usul, jangan jadi seperti “Sang Merak” yang terus sombong apabila dibuai dengan kecantikan. Ataupun Sang Kacang yang lupakan kulitnya apabila di Ngap Oleh Je Jai

2 tahun bersama Nuffnang gembira hati
Pengalaman menguja sukar ditukar ganti
Tepuk dada, tanya selera, tanya Hati
Kalau Hati Sudah berkenan, Lisa Surihani pun ditolak ke tepi

***Itulah Ibarat 2 tahun bersama Nuffnang, pengalaman menguja sudah semesti

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

31 thoughts on “2 Tahun Bersama Nuffnang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.