Rezeki Ramadhan | Jemputan ke Majlis Berbuka Puasa

Rezeki Ramadhan | Jemputan ke Majlis Berbuka Puasa (gambar sekadar hiasan)
Alhamdulillah, rezeki bulan ramadhan. Minggu ini mendapat dua jemputan ke majlis berbuka puasa. Best juga jadi blogger ni, dapat jemputan berbuka puasa etc. Jimat belanja dan dapat mengeratkan silaturahim dengan yang hadir.
Jemputan pertama saya terima dari Denaihati , jemputan dari Dewan Perniagaan Islam Malaysia pada 16 August 2011 di Kelab Golf DiRaja Selangor. Terimakasih Denaihati atas jemputan.
Jemputan kedua saya terima dari HilalAzmi, Majlis Berbuka Puasa bersama anak yatim anjuran Universal Music Malaysia di Shazana Pau Shop, Kg Baru, KL pada 19 Ogos 2011. Antara artis yang bakal memeriahkan majlis tersebut ialah 6ixth Sense, Ana Raffali, Siti Sarah & Shuib, Yazer Yusof, Relay Kugiran di tepi pantai, D Malayan, dan ramai lagi. Terimakasih bro Hilal.
Awal bulan August aritu, dapat jemputan dari Tune Talk berbuka puasa di Bangsar tapi tidak dapat hadiri kerana jemputan hanya ditujukan kepada saya seorang. Tak boleh bawa ahli keluarga. Untuk jemputan minggu ini, saya dibenarkan bawa ahli keluarga + adik ipar lagi. Ianya lebih meriah dinikmati seisi keluarga, tak gitu?
Rakan-rakan yang hadir sama nanti, jumpa di sana ya…
P/s : Harap-harap tahun ni dapatla Jemputan ke Majlis Berbuka Puasa Nuffnang. Tak pernah lagi merasa berbuka puasa anjuran Nuffnang.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

12 thoughts on “Rezeki Ramadhan | Jemputan ke Majlis Berbuka Puasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.