Majlis Berbuka Puasa Bersama Universal Music/Ana Raffali di Shazana Pau Shop & Cafe, Kampung Baru

Semalam saya dan keluarga sempat Berbuka Puasa  Bersama Universal Music Malaysia/Ana Raffali di Shazana Pau Shop & Cafe, Kampung Baru. Special thanks to Universal Music especially Bro Hilalazmi kerana sudi menjemput kami. 



Shazana Pau Shop & Cafe, Kampung Baru

Honestly, ini kali pertama saya singgah di Shazana Pau Shop & Cafe, Kampung Baru ni . Boleh dikatakan tiap-tiap bulan terjahi Kampung Baru, tapi tak terdetik nak singgah sini. Sangkakan harganya mahal, tapi rupanya lepas dah jumpa Owner dia, rupanya tidak.



Isteri dan Ana Raffali

Saya memang kagum dengan Ana Raffali. Peramah dan mesra peminat. Siap dia pergi dari satu meja ke meja beramah-mesra. Awak ni blogger ke? Awak blog pasal apa? No wonder dia ramai peminat dan disenangi ramai. Peramah dan tidak sombong, siap bawa Printer Photo untuk sesiapa yang nak print gambar terus dengannya. Yess, next year of course i will vote for you for any award.Oh ya, Ana Raffali lebih cantik di real life jika dibandingkan di dalam gambar. 


Anak Yatim diraikan di Majlis ini

Universal Music turut menjemput anak yatim untuk berbuka puasa sama. Satu inisiatif yang bagus especially di bulan ramadhan ini. Corporate Social Responsibility tetap tidak dilupakan. Siap artis-artis yang hadir serve sendiri anak yatim. Well, saya pun sempat diservekan oleh Ana Raffali sendiri.


Kuih Muih,Buah-buahan pembuka selera

Nyam2, memang berselera 

Pengat Duriannya memang terbaik .Sedap sangat

Juadah Lauk-lauknya pun sedap

Honestly said, memang sedap. Ini rasanya juadah berbuka puasa paling sedap sepanjang bulan ramadhan ini. Pandai mereka masak, kalau tak segan memang saya mahu tapau je makanan. Hik3…


Anak Yatim menjamu selera. Berselera saya tengok mereka makan

Dah namapun Shazana Pau, Pau mestila ada juga kan?

Beratur untuk menerima Hadiah & Duit Raya dari Universal Music

Gembira saya tengok Anak-anak Yatim ini. Teringat zaman kecil-kecil terima duit raya. Seronokk

Bloggers dan Ana Rafali

Bersama Pemilik Shazana Pau & Cafe

Terimakasih buat pemilik yang sponsor juadah berbuka puasa semalam. Memang sedap dan menggiurkan. Lepas ni InsyaAllah akan saya terjahi. Yerla, dulu-dulu masa lalu ingatkan Restoran ni mahal dan hanya menyediakan makanan Pau & Kek. Rupanya banyak lagi makanan yang menarik dan sedap di sini. Hargapun berpatutan.Bolehla terjahi http://shazanapau.blogspot.com/ untuk lebih lanjut.


Bloggers Bergambar lagi. Si HilalAzmi yang hensem di kanan sekali. (Credit picture to MohdZaid)

Saya pulang awal kerana Alisya dah merengek nak tidur. Tak sempat tengok artis-artis buat persembahan. Apapun, bolehla terjahi SINI untuk melihat artis-artis yang lain yang hadir dan membuat persembahan. 

Ole-Ole/Cenderahati dari Universal Music

Lepasni Bolehla Terjahi Lagi Shazana Pau Shop & Cafe ni
Shazana Pau & Cafe
Wisma Yayasan Terengganu
77E-GF, Jalan Raja Alang
Kampung Baru, KL
Tel No : 03-26927258
Official website : http://shazanapau.blogspot.com

Memang teruja untuk terjah lagi especially bila merasa makanan yang lazat-lazat disediakan oleh Shazana Pau Shop & Cafe. Umm,taknak jemput kami bloggers buat food review di sini ke? InsyaAllah, boleh kami kasi review/promotekan sekali nanti.

Once again, thanks to Universal Music for the invite. Lain kali jemputla lagi. Thanks to Bro HilalAzmi yang menjemput kami dan thanks to Shazana Pau Shop & Cafe atas juadah yang lazat. Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut puas hati…

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

8 thoughts on “Majlis Berbuka Puasa Bersama Universal Music/Ana Raffali di Shazana Pau Shop & Cafe, Kampung Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.