Jemputan Berbuka Puasa Bersama Mamee & Charity Home



Renyuk,Goncang, Makan. Mamee…. Snek ringan dari Mamee memang antara kegemaran saya sejak dari kecil lagi. Ingat lagi kalau tak silap dulu kecil-kecil satu pekni kalau beli kat kedai runcit harganya RM0.20 . Sekarang ni, Alisya dah berumur 2 tahun, dia pula yang menggemari Pek Mamee Monster ini. Hik3, kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?

Sebut pasal Mamee, salah satu produk Mamee kegemaran saya adalah :

Mamee Sllrrrp Kari Berapi
Fuhh, memang terangkat dan sedap. Makanan pedas memang kegemaran eyriqazz. Rasanya yang pedas dan kaww memang menyelerakan dan menjadi pilihan eyriqazz. Yummylicious…Try it and experience it yourself.

Mamee Sllrrrp Kari Berapi nama diberi
Kegemaran eyriqazz sudahla pasti
Rasanya lazat dan Sllrrrp sudah semesti
Cuba sekali pasti nak lagi
* Mamee Double Decker Group turut menawarkan makanan ringan serta minuman seperti Mamee Instant Noodle, Mister Potato, Corntoz, Mamee Monster, Double Decker, Smax Funkees, Cheers Asian Drink, Cheers Carbonated Drink, Fruit Nation, Liteyo Yogurt Drink & Nutrigen.

Apapun, kadang-kadang dalam memilih pemakanan untuk anak-anak especially makanan ringannya, tertanya-tanya akan status halalnya. Di Peknya, nampak ada Logo Halal. Setahu saya, brand Mamee ini sudah wujud sejak saya belum lahir lagi (sudah 40 tahun dan produknya memang diiktiraf halal ). Tapi, betulke halal? Umm, Jom kita Semak :



Brand Mamee diregisterkan under Syarikat Pacific Food Products Sdn Bhd. Taip dan Cari..



Jumpa pun. Jom Klik Icon di bawah syarikat itu

Senarai lebih dari 30+ Produk Mamee yang mendapat Sijil Halal, termasuklah Mamee Monster kegemaran saya/Alisya dan Mamee Sllrrrp Kari Berapi

Lega hati ini. Yerlah, sekarang ni banyak produk yang diragui status halalnya. Makanan inilah yang akan menjadi darah daging diri dan anak-anak dan Status yang Halal amatlah penting .



Jom Snek Time lepas berbuka nanti bersama Mamee . Nyam2…

Sempena dengan Bulan Puasa dan Raya tak lama lagi, terimakasih diucapkan buat Mamee Double Decker Group kerana telah menjemput saya Berbuka Puasa bersama Charity Home pilihan saya. Majlis Berbuka Puasa dan goodies Bag untuk Charity Home pilihan saya itu turut  akan disponsor oleh Mamee Double Decker Group.
Tersentuh hati saya bila menerima jemputan dari Mamee Double Decker Group ini. Yerlah, sekarang ni boleh dikatakan banyak syarikat hanya pentingkan keuntungan dan terlupa untuk “Give Back to the Society”. Tahniah diucapkan buat Mamee Double Decker yang tidak lupa untuk meraikan sama dengan mereka yang kurang bernasib baik.Dan juga terimakasih kerana menjemput saya untuk turut serta merasai sendiri pengalaman bertemu mereka yang kurang bernasib baik dan Berbuka Puasa bersama .

 InsyaAllah, sudah pasti akan saya bawa Isteri dan Alisya sekali. Kata pepatah, melentur buluh biarla dari rebungnya kan? Saya mahu tanamkan sikap tolong menolong ke atas mereka yang memerlukan ke atas diri Alisya sejak dia kecil lagi ini.

Charity Home yang menjadi pilihan saya untuk berbuka puasa :


Rumah Amal Permata Hatiku
No. 413, Lorong Haji Idris, Batu 4 1/2,
Jalan Gombak ,53000 Kuala Lumpur
Masa : 25 August 2011, 7 malam
InsyaAllah, dapatlah saya Berbuka Puasa bersama mereka dan Mamee Double Decker Group . Tak sabar pula rasanya, honestly, ini pengalaman pertama saya bakal berbuka Puasa dengan Charity Home pilihan saya.
Once again, terimakasih buat Mamee Double Decker Group atas peluang yang diberikan. Corporate Social Responsibility tetap tidak dilupakan dan patut dijadikan contoh buat syarikat-syarikat di luar sana. Konsep Hidupkan untuk Memberi patut dicontohi dan diikuti lebih-lebih lagi di bulan yang Mulia ini. 

Last but not least :

Mamee Double Decker Group nama diberi
Pelbagai pilihan,rasanya enak dan terimakasih jutaan kali
Jemputan berbuka Puasa bersama Charity Home saya terima dengan berbesar hati
Kecil tapak tangan nyiru saya tadahi

Corporate Social Responsibility  patut dicontohi
Di Bulan Ramadhan, Bulan yang Mulia ini
Nampak simple, tapi Besar maknanya bagi Charity Home ini
Sudah pasti, mereka gembira dan berbesar hati berbuka Puasa bersama nanti

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “Jemputan Berbuka Puasa Bersama Mamee & Charity Home

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.