Bila Nak Dapat Kunci Rumah PV13


Bila nak dapat Kunci Rumah PV13? Alhamdulillah, dah telefon developer dan katanya by hujung Bulan ni/August 2011 dah boleh ambil kunci. Bolehla renovate apa yang patut untuk disewakan rumah ini nanti.

Kunci belum dapat, dah banyak call saya terima dari agent/potential tenant. Mostly agent la. Potential tenant mostly student. UTAR especially. Weekend lepas pun baruje saya rejectkan potential tenant yang dibawa oleh Agent. Mereka dah ready nak kasi deposit dan move in walaupun renovation tak buat lagi.

Saya terpaksa tolak coz wifey tak suka ngan potential tenant. 8 orang student Chinese lelaki dari Penang . Almaklumlah, kalau student lelaki yang tinggal ramai-ramai, faham-fahamla, potensi untuk rumah tu kurang terjaga/rosak adalah tinggi.

Bak kata Abang Ensem, better rumah tidak disewakan dari mendapat penyewa yang kurang OK.Thanks Abang Ensem, nanti belanja la saya berbuka puasa pula ya?

Anyway, kalau anda ada rakan-rakan yang berminat nak menyewa rumah PV13 saya bolehla contact or e-mailkan di iman1237@hotmail.com ..Sedikit info pasal Condominium yang ingin saya sewakan ini, rasanya Bulan Oktober 2011 dah boleh masuk :

Rumah/Condo untuk Disewa/Rent

PV13 @ Lake City Phase 3
Lokasi : 7th Floor, view mengadap KLCC, Jalan Genting Klang, Setapak
Bilik : 3 bilik + 2 common room bakal direnovate menjadi 4 bilik + 1 Common room
Keluasan : 1,313 Square Feet
Partly furnished : Kami akan furnished dengan Kipas syilling, Water heater, peti sejuk dan mesin basuh. 
Termasuk dengan 1 Car Park
Harga sewa : RM1600 (negotiable)

Memang tak rugi beli rumah ni kan? Baruje dua tahun lepas membeli, value rumah ni dah naik almost RM100K. Oh, kalaula saya ni Jutawan Hartanah macam Abang Ensem, sure saya beli rumah lagi.

P/s : Beli rumah lagi bagus dari beli kereta?Setuju tak? 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

8 thoughts on “Bila Nak Dapat Kunci Rumah PV13

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.