Badigool Punya Isteri Majikan


Semalam, saya sempat telefon Mak. Sempat bertanyakan pasal keluarga dan saudara mara yang lain. Ohh, memang Badigool Isteri Majikan Pak Alangku. Mak kasitau, Pak Alang baru saja diberhentikan kerja oleh majikannya.

Puncanya, Pak Alangku menegur dan membalas kata Isteri majikannya yang kuat berleter dan bising-bising dekat pekerjanya.Terus Isteri majikannya tak puas hati suruh Pak Alangku berhenti or diberhentikan. Takutkan bini walaupun dia begitu sayangkan pekerja berdedikasi macam Pak Alang,  Notis 24jam diberikan oleh majikannya dengan 1 bulan gaji sebagai pampasan.

Ohh, Badigoolnya, sudah bertahun-tahun Pak langku bekerja dengannya sebagai pemandu peribadi @ penolong kedai Batiknya. Majikannya memang kaya, mempunyai satu kedai batik ekslusif di Lapangan Terbang Kuala Terengganu.

Yup, memang saya bengang. Pak Alang antara pakcik yang paling baik/rapat dengan eyriqazz. Dari kecil dialah yang banyak menolong eyriqazz. Time kolej dulu dialah yang hantarkan ke Lembah Beringin dan banyak lagi jasanya. Memang bila dia dibuang kerja dengan alasan yang remeh ini, memang hati saya terhiris. Bukan mudah nak cari kerja di Terengganu lebih2 lagi tiada pelajaran tinggi. Anak pula masih bersekolah, 3 orang. Pinjaman perumahan dan kereta etc lagiii….

Cisssh, di bulan Puasa ni kasi hati ini panas…Memang Badigooollll Isteri Majikan Pak Alang ku. Ingat, doa orang teraniaya lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini dimakbulkan Tuhan. Semoga kau mendapat pembalasan yang sewajarnya.

Memang emo, doa-doakan semoga Pak Alang saya cepat mendapat kerja baru yang sesuai bagi menampung keluarganya. Semoga dia mendapat majikan yang lebih baik. Aminnn..

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

22 thoughts on “Badigool Punya Isteri Majikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.