Apakah Nasib Danga Bay?

Bulan lepas sempat bercuti di Johor Bahru. Antara tempat yang sempat kami terjahi adalah Danga Bay. Ini destinasi wajib kalau terjahi Johor Bahru. Suasana cool dan ala-ala funfair .
Kapal .Oh, bilakah dapat beli satu ni?Hik3..
Keretapi Danga Bay. Tak sempat nak bawa Alisya naik
Ni Restoran bergerak kalau tak silap.Perbetulkan kalau silap.Or Cruise?
Dah serik dah naik basikal ni. Mahal giler .RM40 untuk sejam. Dahla kena kayuh sendiri
Alisya dan Abah Tok
Danga Beach. Jom terjah
Funfair.Funfair.

 

Part yang paling mengecewakan, tempat/lokasi berniaga yang biasanya kami terjahi untuk membeli souvenir dan makan-makan, sudahpun dirobohkan. Disinilah biasanya kami beli souvenir,keychain,fridge magnet,pekena otak-otak Johor dan Ikan Bakar Johor. Kecewa, ianya sudah dirobohkan. Kawan adik ipar yang menetap di Johor Bahru cakap, tempat itu akan didirikan kondominium. Yang mengecewakan lagi, mostly yang bakal membeli adalah Singaporean. Umm, adakah Johor Bahru akan jadi “anak angkat” Singaporean?
Yang menanggungnya sudah semestila penduduk setempat/rakyat Malaysia. Yup, Danga Bay berada di kawasan Iskandar Malaysia . Mostly yang invest untuk Iskandar Malaysia adalah Singapore. Umm, adakah Johor Bahru akan menjadi “hak milik secara tidak rasmi Singaporean”?. Umm, baru saja ditewaskan oleh Singapura untuk kelayakan Piala DUnia, melihat sendiri dari sudut pelancong ke Johor Bahru, umm, entahla…
Terjahi Johor Bahru banyak Singaporean especially di JB City Square. Natijahnya, kos sara hidup yang semakin meningkat coz purchasing power rakyat singapura yang lebih tinggi. Umm,Apakah nasib Danga Bay dan Johor Bahru agaknya ya?

Anyway, Jika ingin menempah hotel di Johor saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

20 thoughts on “Apakah Nasib Danga Bay?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.