Tourism Malaysia Nur

Tourism Malaysia nama diberi,

Mempromosi Malaysia as TRULY ASIA,

Bertuah sungguh diri kita ini,

Berpeluang bercuti-cuti 1Malaysia,

Bermula pada 1972, Tourism Malaysia terus bergerak maju kehadapan dalam meletakkan Malaysia sebagai satu satu destinasi pelancongan pilihan pelancong dari seluruh dunia menerusi tagline MALAYSIA TRULY ASIA sambil memantapkan program domestiknya, CUTI-CUTI MALAYSIA.

Malu bertanya sesat jalan.

Tapi kini tidak lagi kerana dah ada GPS yang jadi pembantu.

Tourism Malaysia (link: http://www.tourism.gov.my/) bertindak mengangkat nama MALAYSIA di mata dunia.Kalau 20 tahun dulu, nama Malaysia mungkin tidak langsung diketahui di kebanyakan tempat. Tapi, itu dulu, kini tidak lagi, dengan usaha berlipat ganda Tourism malaysia bersama Kementeriannya, nama Malaysia kini sudah tidak asing lagi di peringkat antarabangsa.

Banyak yang boleh dilawati dan banyak lagi yang belum diterokai. Sama jua dengan Tourism Malaysia.

Saat melawati Tourism Malaysia, pelbagai informasi yang dibekalkan. Usai menerokai Tourism Malaysia,bagai tidak puas melayari informasinya. Cukup teruja, bagai meletakkan diri dalam kasut foreigner, rasa untuk ketempat-tempat yang dipromosi memang menggamit sekali.

Bermula dengan klik pertama pada TM, penerangan sungguh jelas dihati. Bagai pukauan jampi, sistematik sekali informasi yang diberi. Laman utama berkisar latarbelakang Malaysia yang cukup berinformasi, dengan konsep mesra pengguna ‘atau”user friendly’. Menu utama yang disediakan terbahagi Malaysia Informasi, Akomodasi dan Destinasi. Sungguh mudah kerana maklumat hanya di hujung jari

Kalau tak tahu memang tidak akan tahu jika tidak melawat TM ini.

Bagi contoh, kraftangan disini, tahukah apa itu Terenang jika tidak dilayari?

This angular-shaped jar is popularly used for storing water in the states of Pahang and Terengganu.

It has a concave neck and a convex body begitulah maksud yang diberi. Bukan sahaja mereka dari luar negara,meski rakyat setempat tidak semua yang mengetahui.

Begitu jua segala maklumat meliputi masyarakat,seni, budaya, architecture,pakaian,variasi makanan sehingga ke permainan tradisi. Selain TM yang hakiki, laman korporat dan blog khas juga disaji.

CUTI CUTI MALAYSIA tagline yang tak asing lagi,

Mengajak warga 1malaysia melancong secara domestik,

Pelbagai usaha yang diambil bagi langkah promosi,

Mungkin boleh tambah cadangan buat Tourism Malaysia untuk rakyat setempat terokai.

Sememangnya segmen CCM ini diperkaya setiap tahun. Usaha berganda meliputi pelbagai jalan promosi. Pelbagai anugerah juga didapati, ASIAN MARKETING EFFECTIVENESS (AME) AWARDS, HONG KONG Gold Award 2010 – Best Sustained Success (Malaysia Truly Asia) antara yang terkini. Jika nak disenarai masih panjang lagi.

Itu di peringkat internasional, bagaimana pula di peringkat domestik sendiri. Usaha terkini sudah boleh dipuji.Tapi masih ada cadangan yang boleh diberi untuk diteliti:

1.Cara promosi di pelbagai saluran media masa dan media cetak memang ada, kalau boleh digandakan lagi sebagai mengikut perkembangan semasa:

Facebook:

http://www.facebook.com/pages/Tourism-Malaysia/121219017894715?sk=info (baru 311 ‘like’)-ada kelemahan di sini yang harus dikaji sedangkan rakyat Malaysia sendiri yang ada akaun Facebook ini ramai sekali.

-Perlu promosi dan ajak ajak semua blogger yang pernah tulis tentang pengalaman CUTI2 MALAYSIA untuk berkongsi disini.

http://www.facebook.com/friendofmalaysia

-khas untuk promosi peringkat global yang perlu dipertingkatkan lagi.

Twitter:

http://twitter.com/TourisMalaysia

-Sepertimana yang diketahui- twitter adalah satu medium yang sangat viral dan berkesan sebagai langkah promosi.

http://twitter.com/tourismmalaysia

-Ini yang terkini.Oleh itu, yang kat atas tu harus di padam kerana paling akhir dikemaskini bulan Disember 2010.

blogspot: http://tourismalaysians.blogspot.com/ (tidak semua negeri yang dimuatkan)-ini link

yang didapati dari facebook, selain itu link : http://blog.tourism.gov.my juga ada namun masih kurang dipromosikan .

flicker: http://www.flickr.com/photos/malaysiatravel/

tv : http://www.trulyasia.tv/tmtv/v2/default.aspx

-kedua-dua link itu juga masih kurang dari segi promosinya.

2.Menyediakan Pakej-Pakej bercuti dalam Malaysia dan diperkenalkan inisiatif untuk diberi potongan cukai. Pasti ada yang terpikat nanti. Maklumla, rakyat kita dan potongan cukai ini ibarat perasaan ganjaran bonus akhir tahun.

3.Bagi Tourism Malaysia, satu kekurangan adalah dari segi penggunaan bahasa ibunda- adakah penulis sendiri tak jumpa kolum bahasa Malaysia dalam Tourism Malaysia- jadi sedikit kesulitan bagi informasi yang dihidangkan dalam Bahasa Inggeris ini bagi yang kurang mahir dalam bahasa kedua ini.

4.Menganjurkan pelbagai jenis pertandingan lagi; contoh yang berlangsung sekarang

link:http://apps.facebook.com/malaysiadreamtrip/index.php

~Khas untuk blogger-komuniti terkini, apa kata Tourism Malaysia mendekati cara ini- menyerap blogger dan membuka lebih peluang dalam penggerak promosi supaya lebih luas fenomena cuti-cuti Malaysia ini, kalau beri insentif memang lumayan sekali kerana 170 000 blogger aktif yang wujud kini.

Pandangan peribadi Tourism Malaysia.

Keberkesanan Tourism Malaysia mempromosi Malaysia.

Fakta bukan auta:

(link: http://corporate.tourism.gov.my/research.asp?page=facts_figures)

-Anugerah yang mengiktiraf Malaysia

-Penggandaan jumlah pelawat/pelancong 5.5juta 1998 hingga 24.6juta 2010.

Mata yang melihat

-Kehadiran pelancong tatkala berada di tempat-tempat peranginan adalah pemandangan yang sudah tidak asing lagi.

:Dari desa ke kota raya

:Dari gunung ke dasar lautan

:Pelbagai budaya mencerminkan MALAYSIA TRULY ASIA.

Setelah mengkhatamkan Tourism malaysia, secara peribadinya sangat tertarik dengan keindahan alam semulajadi: Gua Mulu. Jika berkesempatan, dan dimurahkan rezeki, pasti mahu mengorak langkah ke sana. Menikmati keindahan semulajadi yang masih terpelihara. Mengasing diri dari hiruk pikuk kota raya.

Bagi anda yang gemarkan hiruk pikuk pula, kebisingan bukan sahaja menaikkan adrenalin diri, tapi bagi yang berminat boleh ikuti GP grandprix pada setiap April. Juga bagi kaki shopping boleh menikmati SALE pada acara berkaitan.

Lain-lain acara tahunan juga boleh didapati di TM untuk merancang percutian juga rancang perbelanjaan. Cintailah keindahan negara kita ini, selagi boleh diterokai kerana masih banyak tempat yang indah-indah untuk dilawati.

Sponsored post Eyriqazz.com

Terima kasih beri peluang,

Tak cuba tak tahu,

Dah cuba baru tahu,

Memerah otak sampai buntu,

Akhirnya ini hasil yang ditunggu,

Tidaklah sehebat peserta terdahulu,

Apatah lagi jika dibanding dengan Eryqazz bergelar SIFU.

Penulis dikenali NUR dari blog ALL IN ONE. Biasanya berkongsi info yang dirasakan menarik untuk dirinya di blog tersebut. Sesekali menulis meluah pendapat sendiri. Masih cuba belajar untuk menulis dengan lebih baik-sesekali..

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.